Monday, May 16, 2005

Gunung Kinabalu

Hai bertemu lagi dlm blog ini.Pada hari ini tinggal lagi 2 hari sebelum aku dan rakan2x opisku akan berangkat ke sabah utk memulakan pendakian kami menawan puncak Kinabalu. Aku sebenarnya agak risau la, yea la pegi tempat org kan lagipun aktiviti mendaki ni bkn main2x, ada bahayanya. Jadi aku berdoa agar kami dilindungi dari segala musibah dan selamat pergi dan balik dan berharap semua kalau boleh dikalangan kami akan berjaya sampai dipuncak Gunung Kinabalu (mmg tu pun tujuan kitakan). Diharap semua rakan2x bersemangat utk memulakan cabaran yg bakal mendatang. Baju2x pun semua dah dpt, nanti dah ramai2x nanti bersemangat la sikit.
Barang2x keperluan kesana rasanya 90% aku dah ada termasuk baju sejuk sekali, aku pun heran gak, ada org kata sejuk kat atas sana tu, ada org kata tak sejuk sgt, mungkin tahap ketebalan lemak dlm bdn kita ni mempengaruhi pengalaman kita dan tak boleh la kita nak samakan antara satu sama lain. So to be in the save place, aku bwk 2 baju sejuk, satu wind breaker (thank pd opis), satu seluar panjang dan satu seluar pendek, stokin bola, satu t-shirt biasa, rasanya dah cukup utk memanaskan bdn aku nanti, terutama bila nak naik ke puncak pd jam 2.30 pagi 22 Mei 2005 nanti,
Segala pengalaman semasa berada disana nanti akan aku coretkan nanti, tak kira la baik ke buruk ke semua aku tulis dan harap2x byk lah yg baiknya kekekekke, adoii la, kalau la kita dpt meramal masa depan kan
oklah sampai disini saja, dah pkl 1 sekarang aku turun bawah, tgk2x dan makan apa yg patut, hehehe oklah semua bye

Tuesday, May 10, 2005

Hari ini dlm sejarah

Hari ini adoiiiii mmg bersejarah dlm hidup aku, malu malu... aku saje yg tahu la, apapun aku terima dgn hati terbuka, at least bg aku Tuhan masih sayangkan aku dgn menguji aku.. apapun terjadi hidup mesti diteruskan, sejarah yg terjadi tak dapat diubah biarpun apa sekali kau buat, we live with the burden of what we doing in the past. akan kuingat sampai bila2x sbb tu aku coretkan disini utk mengingati diriku sepaya tidak mengulangi kesalahan tersebut,

Sunday, May 08, 2005

Berjaya akhirnya

Lama jugak aku blaja camna nak link kan webshot aku pada blog ni, akhirnya berjaya jugak, puas aku godek2xkan template dia tu, kalau blog ni org dah lama dia bg aku penampar eeee bengapnya HAHAHAHA, apapun kira oklah seminggu, am i a fast learner emmmm we see. hari ni kat Malaysia adalah hari Isnin 9/5/2005 bersamaan dgn 1 Rabiulakhir 1426 Hijrah, bermaknanya ada lebih kurang 11 hari lagi utk aku membuat bersediaan utk mendaki Kinabalu. Lutut aku yg cedera hari tu (masa naik nuang) agak2x dah kebah la, aku jogging pun takde la terhincut2x lagi, tapi aku masih letak ais tiap2x mlm kat lutut aku, sblm tidor taruk minyak panas lagi, hopefully dia recover sepenuhnya la pada 20 dan 21 sebelum dia injured balik pada 22 Mei ( wahh i expect it to be happen), apapun aku berdoa agar aku berjaya menawan Gunung Kinabalu dan berharap semua pelaburan aku keatas XPDC ini akan berbaloi dgn sedikit kenangan manis diatas puncak gunung itu, wish me luck my friends and i promise to share my happiness with you soon,