Monday, October 17, 2005

SeLaMaT MeNyAmBuT RaMaDhAn Al-mUbArAk

hai semua, selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak, semoga puasa tahun ni adalah lebih baik dari tahun2x lps, seperti tahun2x yg lps bila menjelangnya ramadhan apa yg diperkatakan adalah balik kg, dan pasar ramadhan itu aje la, walaupun sebenarnya byk lagi yg lain lebih penting dari itu, betul tak,
Hari ni dah jatuh 14 ramadhan bersamaan 18 Oct, dah separuh bulan umat Islam di Malaysia menunaikan ibadat ini, namun apa yg ingin aku bangkitkan disini adalah mengenai isu harga makanan di pasar ramadhan atau mana sahaja yg dikatakan naik mendadak menjelang ramadhan ini, kalau aku perhatikan mmg terdapat sedikit peningkatan pada harga dibuat oleh peniaga tahun ini, namun rasional kenaikan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak beberapa kali dlm tahun ini, oleh itu sebenarnya peningkatan itu sepatutnya boleh dijangka dan sebagai pengguna kita haruslah bertindak keatas kenaikan ini, bukan sekadar komen dan mengeluh sahaja, satunya tak semua peniaga oppotunist, ada yg menjual dgn harga yg reasonable, jadi pandai2xlah mencari kedai terbabit, satu lagi cuba la luangkan masa utk membuat satu atau dua juadah berbuka, dgn ini boleh la dikurangkan sikit perbelanjaan luar, satu lagi kalau kita sanggup, cubalah buat rundingan harga dgn peniaga, disiplin kan diri kita dan beli yg perlu sahaja, bg yg ada anak, pujuk la anak baik2x aku jgn cuba ikut semua kemahuannya (aku tak tahu sbb blum ada anak lagi, anak tekak ada la), beberapa langkah mmg boleh dibuat jgn la kita asyik menunding jari sahaja.
lagi seminggu lebih anak2x kota akan mula balik utk beraya di kampung, thn di perayaan yg disambut bersama2x deepavali seharusnya akan memeriahkan jln raya di malaysia, oleh itu rancang perjalanan ada, jgn ada yg akan menangis lagi pada hari raya ini, langkah kerajaan memperkenalkan insuran perjlaan khas utk hari raya juga boleh dikatakan bagus utk mengurangkan bebanan jika berlaku apa2x malapetaka, beberapa langkah drastik utk menyaman terus kepada beberapa kesalahan jlnraya adalah langkah utk mengajar si pesalah jln raya agar lebih berdisiplin, cuma diminta polis2x traffic sekelian agak berhemah serta menggunakan budi bicara dlm menjalankan tugas, jjgn la ambil kesempatan nak cari duit raya adesssss
Mlm ini akan genap 15 ramadhan dan insyaAllah, jika tiada halangan aku akan berbuka di masjid hari ini, tabiat rakyat melaysia (terutama KL lain negeri aku rasa sama aje), bila taim awal2x puasa penuh bagai nak rak surau masjid, bila dah last2x ni makin kurang makin kurang, fenomena tak elok ini harus la dikurangkan sedangkan semakin berakhir ramadhan semakin besar nalai pahala yg akan dikurniakan, semlm surau kat tempat aku ok lah 3 saf, 2 mlm seblum tu 2 aje saf adess mungkin sbb hujan ke, ni bila masuk 10 mlm terakhir tak tahu la, campur tolak balik kampung abis la, disinikah kita letakkan agama islam yg kita sanjungi ini, fikirkan lah,