Sunday, August 26, 2007

Tewas Sebelum Berjuang

Demam.... 2 ari aku demam, sabtu tu aku dah kebah dah sikit, tapi selepas call denno pak presiden OGKL, aku kembali bersemangat utk menyertai larian itu. Hari Khamis minggu lps aku ada jumpa Doktor dan dia nasihatkan aku utk tidak masuk larian ini ( dia suruh join dia utk larian kardio kat UM ahad minggu berikutnya) Walaupun hati aku berbelah bagi sbb tak sihat sgt, aku tekad kalau penat samada aku jalan atau aku berhenti dari larian terus la. Mlm sabtu tu aku tidur awal la sikit sama baby aku, tiba2 tgh malam baby bangun menangis2, badan dia panas, alamak baby demam ke? Dah berbelah bagi lak aku nak gi ke tidak Bukit Gasing ni. Mlm tu aku tidur bersama impian aku utk masuk Bukit Gasing Challenge tu. hampir 90% aku takleh pergi. Kang apa lak kata org rumah ku, dah la badan baru aje sihat, anak demam, lagi mau lari ka adoiiiiii. 6.00 pagi aku bangun lps solat subuh aku sms Denno tentang ketidak hadiran aku tu, apa yang aku sedih sbb Bukit Gasing Challenge ni adalah satu2nya larian yg aku target dari tahun lps lagi, bila Denno bgtau yg tahun ni akan diadakan sekali lagi aku mmg tak buang masa cari dlm internet. Walaupun aku akui yg kurang membuat latihan sejak akhir2 ni, tp hati aku masih komited utk masuk tp apakan daya tak dapat jugak aku pergi tahun ini. Mlm tu aku ada terfikir gak, kenapa la Allah tak bg aku masuk, apakah hikmah disebalik itu. Walaupun aku tak dapat jawapan hingga kehari ini, aku yakin apa yang Allah tentukan utk aku semestinya adalah yang terbaik utk aku dan aku yakin dan semesti Allah itu Maha Mengetahui.

Wednesday, August 22, 2007

1st day training at Bukit Gasing

Semlm 1st day aku training kat Bukit Gasing sebagai persediaan aku utk menghadapi larian Bukit Gasing ahad ini. Dari opis aku ke PJ ni kira dekat aje la, campur tolak jem ada la dlm 15 minit sampai sana. Ptg tu cam mendung aje jd aku pun tergesa2 warm up lebih kurang terus panjat bukit gasing tu. Aku mulakan trek dikwsn taman permainan. Mula2 lari mmg bersemangat, half way pancittt, aku pun terfikir Ya Allah penatnya lari naik bukit ni, dgn keadaan permukaan yg kurang rata aku harus berhati2 agar tidak tergelincir yg boleh menyebabkan aku cedera. Aku kemudian memperlahankan rentak aku dgn berjalan plk. Aku sampai dipuncak pertama iaitu menara tinjau kira 15 minit. Dari sini trek kemudian menurun, mula2 dlm fikiran aku ingat trek menurun ni boleh la laju sikit, rupanya slow jugak, trek menurun ni lagi aku kena hati2, trek yg agak curam ni jika tidak berhati2 pun boleh mengundang mala petaka, tetapi tek menurun ni mengunakan tenaga yg kurang jd boleh la aku rechange balik tenaga aku yg kehabisan tadi, cuma lutut aje la, menggigilllll. lps turun aku decided utk balik kerana takut hujan, aku kemudian cuba berlari tp mental aku kata "jalan aje la hahahahah" aku kalah dgn mental aku huhuhuhu. Cuma setelah aku sampai di satu trek mendaki, aku decidd utk naik trek tersebut dan keluar ikut trek aku masuk tadi. sepanjang trek aku hanya berjalan, sehingga nenek depan aku pun aku rasa lagi laju dari aku hahahahahh. Selepas keluar dari trek tersebut oleh kerana tak puas hati dgn latihan ari ni aku berjogging pula disekitar kawasan perumahan itu sblm warming down dan balik kerumah aku. Esok aku akan dtg lagi, utk latihan kali kedua, cuma pagi ni bila aku bangun dari tidur rasa mcm nak demam, sakit badan adesss, ni sbb latihan semlm ke, mintak jauh laaaa,

Thursday, August 09, 2007

Erti Merdeka Yang Sebenar

Sembilan Belas Lima Puluh Tujuh, Bulan lapan, Aku dilahirkan,
Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh, hari yang mulia, hari yang bahagia sambut dgn jiwa yang merdeka
Masuk aje bulan lapan ni semangat patrotik rakyat malaysia semacam sikit, tak cukup bendera malaysia dia kibar, abis bendera setiap negeri dia gantung, tak cukup rumah abis satu kereta dia tampal hahahahahahaah, bagus bagus bukan aku nak menghina tp kadang2 tak kena cara. Kadang2 nak salahkan mereka pun tak boleh jugak sbb tiap2 ari duk dgr org cakap kibarkan la bendera kita kibarkan la, lalu tersemat dlm hati mereka dan hasilnya seperti apa yg kita lihat sekarang.
Kadang2 timbul jugak dlm hati aku ni terutama bila bercakap dgn kawan2 aku, apakah kita semua ini sudah betul2 merdeka, tp sebelum kita jawab soalan itu, apakah kita tahu makna sebenar kemerdekaan itu. Bg Malaysia, biasanya apa yg dipropogandakan oleh media, kemerdekaan adaalah bebas dari jajahan Protugis, Belanda, Jepun dan Inggeris yg satu ketika dahulu pernah menjajah kita dari tahu 1511 hingga 1957, iaitu sejak melaka jatuh ketangan Portugis sehingga la kita merdeka dari tangan Inggeris. Dalam tempoh itu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu pada asalnya sering bertukar penjajah. Namun oleh kerana sudah 50 tahun merdeka ni, sudah timbul pulak persoalaan2 yg aku bagitau diatas maka adalah lebih baik kita tukar definasi sebenar Kemerdekaan ini. Untuk tujuan ini, suka aku beri erti kemerdekaan yg sebenarnya (pada hemat aku). Maksud ini aku terima kira2 setahun yg lepas ketika aku mendengar kutbah jumaat yg menyentuh isu kemerdekaan.
Ketika tentera Islam ingin menakluki kerajaan Parsi, Tentera Islam telah menghantarkan satu wakil sebagai utusan untuk membaritahu tujuan mereka datang. Wakil dari tentera Islam adalah Raba' bin Amir telah memberitahu Rustam ketua perang tentera Parsi ketika itu.

"Allah telah mengutus kami untuk menarik keluar sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian kepada sesama hamba Tuhan kepada pengabdian kepada Allah sahaja, dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan agama Islam."

Inilah maksud sebenar kemerdekaan dlm Islam. selagi apa yg telah diucapka oleh sahabat Rasulullah ini kita tak dpt tak realisalikan, tak guna kita merdeka hatta 100 tahun sekalipun. Esok 27 Rejab salah satu hari kebesaran umat Islam, seakan2 tenggelam dgn sambutan hari kemerdekaan kita.
Sbb itu dikala kita tercari2 formula terbaik untuk menaikkan semula nama Islam yang satu ketika dahulu gah dimata dunia. Kita sering terbawa2 dgn kejayaan tersebut sehingga kita lupa akan usaha yg dibawa oleh Rasulullah sehingga menghasilkan umat yg begitu hebat. Apa yg telah Rasulullah usahakan diMekah selama 10 tahun, apa yg Rasulullah dan sahabat2 amalkan di Madinah, apa yg telah diwarisi oleh Khalifah Al-Rasidin, sehingga Rome dan Parsi pun boleh tunduk kepada mereka, sehingga terhasilnya umat2 seperti Ibnu Sina. Disini suka aku ingatkan kembali bagaimana semangat2 Tentera Islam semasa mereka berperang dgn Tentera Rome.
Ketika jajahan kerajaan Rome jatuh satu persatu ke tanagn Tentera Muslim, Raja Rome yg ketika itu sedang berada di Istanbul telah memerintah semua panglima2 tenteranya mengadap beliau. Beriau bertanya para penglimanya kenapakah satu persatu jajahan kita ni telah tewas, siapakah musuh yg sedang kita lawan ni, Malaikat ke manusia. Maka semua para panglimanya tunduk takut untuk berkata2 sehingga la ada sorang bangun terketar memberitahu rajanya. Wahai Taunku, yg kita sedang hadapi ini adalah manusia biasa sahaja, tapi mereka sgt kuat, Disiang hari mereka umpama kuda perang melawan musuh mereka, dimalam hari mereka beribadah dan mereka lebih suka dia mati dulu dari melihat sahabat mereka mati, sedangkan tentera kita semuanya penakut, Mereka lebih gemar lari berperang, Dimlm hari penuh dgn judi dan maksiat dan mereka lebih suka melihat sahabat mereka mati dulu dari mereka mati. Setelah mendengar ucapan panglimanya itu, Maka raja Rome itu bangun sambil berkata, Jika benarlah apa yg kamu ucapkan itu, Aku takut, tempat yg aku berdiri inipun akan ditakluk oleh mereka. Dan apa yg diucapkan oleh Raja itu benar2 terjadi apabila tentera Islam berjaya menakluki kerajaan Rome. Bukan kejayaan itu yg aku tekankan, tp sifat2 tentera Islam ketika itu lebih menarik perhatian aku. Kerana setiap kejayaan itu sebenarnya bukan atas hasil usaha kita, tp hakikatnya adalah anugerah daripada Allah. Sbb itu utk mendapat kejayaan sebenarnya disamping usaha yg berterusan, kita mesti sandarkan harapan dan pengharapan kita kepada Allah. Sbb itu kalau kita tgk diri sendiri sejauh mana kita berbanding sifat2 yg ada pada sahabat2 dahulu. kalau pun tak boleh sama tp sekurang2nya kita mesti berusaha kearah itu, Bagaimana dgn Solat Tahjud kita, bangun tgk bola boleh, soalt 2 rakaat takkan tak boleh, ditempat kerja kita pula lebih suka tgk kawan2 kita jatuh dari menolong mereka naik, sikap dengki antara umat Islam inilah yg menjatuhkan kita, kalau inipun kita tak dapat buat, Maka tidak hairan la kenapa sekarang satu persatu Negara Islam jatuh, Palestin, Afganistan, Iraq, Sudan, Pakistan, siapa lepas ini, Iran, Arab Saudi, Malaysia. sama2 la kita fikirkan