Sunday, November 25, 2007

Life After Bibik

uhhh tajuk cam serious la plk, tak apa pun, cuma bibik kat rumah aku jumaat lps balik ke indon, selama sebulan, insyaAllah. Ini adalah hujung minggu pertama tanpa bibik, jd kerja2 rumah byk isteri aku la yg buat. Takpe la bila lagi kannnnn. aku pun sama menolong dia buat kerja. Lagipun sekarang cuti sekolah, so lepak kat rumah aje la dia, tak kejar2 pagi2x ke sekolah. Aku seperti biasa, selagi tak tutup mata kerja kerja kerja.....
cuma baby la 2 hari ni, asyik meragam aje, dia rindu bibik ke????, heran jugak aku ni sehari dua ni cuba la pujuk dia bwk jalan2x, ataupun mungkin dia dah boring duk dlm rumah aje sejak dilahirkan lagi, jd tiba masanya dia nak jln2 tgk apa kat luar.
dah lama jugak sebenarnya aku tak menulis dlm ni, kerja sekarang kat office pun byk la plk, tak mcm dulu boleh rilek aje, dan internet kat rumah plk baru aje pulih setelah terkena kilat baru2 ini, jd tu sbb la aku tak update blog aku ni.
Pagi td sekali lagi KL digegarkan dgn perhimpunan "haram". aku tak tahu la sejauh mana "haram" perhimpunan itu tp setahu aku perhimpunan yg tidak diluluskan oleh polis atau badan yg tertindak memberi kelulusan. Pd aku perkataan "haram" tu elok dilembutkan sikit kepada "yg tidak diluluskan atau dibenarkan" kerana "haram" tu bunyi cam berdosa aje kalau sesiapa yg pergi atau terlibat. Kawan aku sorang pernah terperangkap dlm perhimpunan seperti ini. tp bukan yg pagi tadi tu la, yg BERSIH buat dlm 2 minggu lps rasanya, 10/11/2007. Walaupun sempat menyelamatkan diri dr semburan air dan gas pemedih mata, tp kerisauan dia yg ketika itu membawa baby beliau mmg tinggi, nasib baik la dia bijak mencari jln keluar.
Apa yg aku nak komen adalah pihak yg nak buat perhimpunan ni pikir la 2,3 kali sikit sblm buat perhimpunan, mmg menyusahkan orgggg. dan pihak polis pula rasanya tak perlu la nak kawal gila2 sgt, perhimpunan kat KL, roadblocknya sampai shah alam, fed. hway tu ada road block bayangkan la, yg takde road block pun jem, ni kan ada road block, kalau nak kawal berpada2 laa. bg au kwal kat KL dah laa, tak payah la sampai kelantan kedah pun nak kawal, takpe la masing buat kerja masingkan. cuma jgn la menyusahkan org lagi, ok sampai disini, tidurrrrrr