Saturday, March 15, 2008

Allah Maha Besar, Maha Adil dan Maha Mengetahui


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. 9 Mac 2008 menyaksikan perubahan besar kepada wajah politik Malaysia yg mana menyaksikan parti2 pembangkang telah berjaya mengekalkan Kelantan serta menawan 4 buah negeri lagi iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan negeriku Selangor (errr negeri no 2 ku hahhaha). Paling tak disangka adalah Shah Alam pun dimenangi oleh PAS dan PKR. Selama ini sapa2 yg mengatakan PKR sudah tak relevan, Anuar Ibrahim tak releven camna sekarang. Terpaksa lah BN menjadi pembangkang dinegeri ini.

Angin perubahan ini sekarang menjadi cerita diseluruh Malaysia. Di Office aku sendiri, rata2 bercakap mengenainya. Betul ke pembangkang menjadi sehebat ini, ataupun kabar2 mengatakan org benci Pak Lah dan Khairy ataupun manifesto pembangkang yg berjanji untuk menurunkan harga barang menyebabkan BN kalah. Tidak keterlaluan utk aku katakana rata2 rakyat Malaysia sememangnya merasai keperitan kenaikan harga barang yg selama ini sukar dikawal oleh kerajaan. Oleh itu keputusan pilihanraya kali ini boleh la dikatakan protes senyap kepada kepimpinan sekarang supaya membuat sesuatu yg lebih berkesan agar masalah2 ini dpt diselesaikan dgn baik.

Seperti mlm keputusan mengundi tempoh hari, sehingga ke hari ini, (hampir seminggu lps pilihanraya) rata2 org melayu membangkitkan kebimbangan mereka tentang hak2 keistimewaan seperti biasiswa, koata kemasukan universiti dan sekolah2 yg dikhususkan utk melayu seperti MRSM, UiTM, subsidi, status bumiputera dan pelbagai lagi aku pun tak tahu nak bilang apa lagi hak keistimewaan yg diberikan kpd aku khususnya bangsa Melayu ini. Kebimbangan mereka ada asasnya kerana menyaksikan kebangkitan DAP yg menjadikan Malaysian Malaysia sebagai manifesto politik mereka. Apapun aku rasakan perkara ini sepatutnya dibicarakan dgn lebih matang oleh ahli2 panel pd mlm keputusan ari tu (maaf ahli panel aku lupa jika sesiapa boleh bgtau kat aku ni kat TV3 harap maklum).

Bukan aku menyokong perkara ini dikaji semula namun menjangkakan sesuatu yg tak pasti seolah2 kita menghukum orang yg tak bersalah lagi. Kenapa harus takut. Sedangkan selama ini kita kerugian disebabkan kerakusan sesetengah pemimpin kita melebarkan perniagaan mereka ataupun keluarga mereka tak pernah pun kita risau. Jika kepimpinan baru sekarang mampu menjalankan memerintah dgn lebih bersih, bukan sahaja melayu mendapat subsidi malah bukan melayu juga boleh menikmatinya sama. Sebelum tidur mlm tersebut aku tgk anak aku, Umurnya baru 1 tahun 6 bulan, apalah akan jadi pd sekecil ini 15 tahun akan datang. Adakah apa yg aku nikmati hari ini akan dapat dinikmati olehnya. Kemudain aku teringat, sesungguhnya aku masih ada Allah, sesungguhnya dia Maha Mengetahui lagi Maha Adil TimbanganNya. Amin.