Sunday, June 22, 2008

Batu Karang

Belum sempat aku siapkan jurnal tentang pendakian aku ke Gunung Bromo Semeru Arjuno Walireng, aku terpaksa tulis yg ni terlebih dahulu. Semuanya gara2 peristiwa yg berlaku pada pagi Ahad lps. Hari tu aku sepatutnya membawa isteri dan anak kami bersiar2 di Port Dickson sambil mencari hotel yg sepatutnya isteri aku pergi pd hari Selasa nanti. Namun pagi tersebut aku terjaga dlm jam 5.00 pagi. Mula2 aku terasa belakang sebelah kanan sakit. Aku ingatkan sakit sbb tersalah tidur aje. Bila aku bangun utk membetulkan belakang aku tiba2 aku terasa sakit itu merebak kebahagian depan aku. Sakit itu tak pernah aku alaminya sebelum ini. Mulanya aku cuba menahan sakit itu namun akhirnya aku akui, mmg sakit ini tak boleh ditanggung lagi. Isteri aku yg terjaga mungkin terdengar dengusan aku menahan sakit bertanya kenapa. Masa tu aku terfikir apa la masalah aku ni. Kemudian aku teringat pengalaman kawan aku Meor yg terkena apendiks. Aku ni kena Apendiks ke? Oleh kerana tak tahan sakit aku minta isteri aku hantar aku ke hospital berdekatan iaitu DEMC.
Tiba di hospital, kebanyakan pekerja tidur (kelakar kelakar). Selepas ke kuanter pendaftaran aku terus diarah masuh ke bilik rawatan 3. Aku kemudian diminta memberi sample air kencingku. Seterusnya aku menunggu keputusan air kencingku tadi. Kira2 15 minit kemudian, seorang lelaki yg pd perkiraan aku seorang doktor, datang dan membuat sedikit pemeriksaan ketas perut aku sambil bertanya tentang kesakitan aku. Dia kemudian memberi tahu aku hasil ujian air kencing aku didapati terdapat darah didlmnya, dan setelah mendengar cerita kesakitan aku tadi, dia merumuskan bahawa terdapat batu karang dlm ginjal atau pundi kencing aku. Aku terkejut pada mulanya kerana tidak menyangka akan terkena penyakit ini. Selama ini aku mmg menjaga makan aku terutama minuman terkarbonat mmg jarang aku ambil. Sambil berseloroh, doktor itu ada bertanya apa aku makan semlm. Aku jawab aku tak ingat hahahahhaha. Dipendekkan cerita aku telah diberi satu suntikan (tahan sakit aku kira) selain ubat2 utk batu karang aku tu. Selain dari itu aku dinasihatkan utk membuat ultrasound bg mengesan batu karang aku itu.
Selepas itu aku balik dah tidur, sakit pagi tadi masih terasa sampai tghari, aku hari itu hanya tidur dan minum air sejuk sahaja, nak makan pun tak larat takut wooo. Jd segala perancangan kami utk ke PD terpaksa dibatalkan. 2 hari aku makan ubat yg diberikan, iaitu satu utk elak perut aku cram, satu lagi tahan sakit satu lagi adalah utk mengecilkan batu karang tersebut. Kemudian pada hari Selasa aku telah membuat temujanji dgn doctor utk membuat pemeriksaan lebih lanjut mengenai kesakitan aku. Alhamdulillah setelah diperiksa secara ultra sound, doctor tersebut mendapati semua organ dalaman aku normal. Cuma samada batu karang itu terlalu kecil utk dilihat ataupun sudah keluar semasa aku kencing. Aku segera memberitahu isteri, ayah dan kawan2 aku. Ada juga yg meminta aku membuat rawatan susulan lain sebagai second opinion. Yea la brg dlm sapa tahu.
Bagaimanapun selepas terjadinya perkara itu, aku sedikit mengubah kehidupan aku. Kat office, aku minum air kosong shj. Apabila aku ceritakan kepda Abg Nan, rupanya dia pun ada terkena sblm ni. Dia membuat pemeriksaan di Hospital Tawakkal. Mula2 X-ray pun tak nampak, tp bila dan scan masuk seluruh tubuh baru la nampak, mmg kecil tak nampak dgn X-ray. Selain dari belah atau laser utk mengubatinya mmg kena minum air byk2, serta elakkan dari makan makanan laut. Jd jaga makan anda, kena sekali mmg naya.