Friday, July 18, 2008

Semoga Allah akan berikan KEADILAN

Mcm2 perkara berlaku sejak akhir2 ini, Org yg baru keluar penjara kini bakal disabitkan semula. Aku pun tak tahu apa akan jadi nanti. Bermcm2 teori timbul. Semuanya kerana manusia mengejar kuasa dunia, sedangan dia tidak tahu dia akan mengadap penciptanya nanti. Semoga Allah berikan dan tunjukkan keadilan yg sebenar kepada semua.
Anak kwn aku sekarang sdg sakit, semoga Allah menyembuhkan penyakitnya secepat mingkin amin

Yakin dgn Janji2x Allah

Pernahkah anda merasa kecewa apabila mendapat musibah walaupun bermacam amalan telah kita lakukan. Lebih malang lagi, ada dikalangan teman kita yg kurang beribadat tetapi hidup lebih baik dari kita. Tentunya terdetik dlm hati kita mempersoalkan keadaan ini. Kenapa ini berlaku kedlm hidup aku, tak cukup lagikah amalan yg aku lakukan. Adakah Allah tak menerima amalan aku. Cukup cukup kembalilah kita semua kepada Allah.
Aku tertarik dgn topic ini semasa kawan aku bertanya kepada aku tentang keberkesanan satu doa amalan aku. Aku tersenyum bila mengenangkan kembali pertanyaan beliau. Lebih menarik lagi persoalan ini dihurai lebih lanjut oleh Ustaz Wan Soho Bani Leman dlm ruangan Zikra di radio KLFM. Menurut beliau jika terjadi perkara ini kepada kita pertama2 sekali kita kena berfikiran positif. Fikirlah jika kita tidak membuat amalan tersebut mungkin musibah yg berlaku keatas kita lebih buruk lagi dan satu lagi dia meminta kita berbaik sangka dgn Allah dgn mengharapkan balasan utk kita ini ditangguhkan dihari akhirat dimana ketika itu kita mmg sgt belas ihsan ketika itu. Pd saya ini adalah pendapat yg plg masyur sekali. Namun yg plg menarik perhatian aku adalah pd pendapat dia yg seterusnya.
Rancangan dia ini sebenarnya adalah sirah nabi2x dan ketika ini dia menceritalam Sirah Nabi Musa. Pada ketika itu, kisah Nabi Musa dikejar oleh Tentera Firaun. Nabi Musa telah diarahkan oleh Allah supaya membawa kaum Bani Israel meniggalkan bumi Mesir utk ke Palestin. Mereka telah bergerak pd waktu mlm melalui jalan yg ditunjukkan oleh Allah. Firaun dan kaum Kipti hanya menyedari kehilangan kaum bani Israel pd esoknya kerana menyedari hamba2 serta para pekerja sudah tiada (pd ketika itu kaum Bani Israel hanya menjadi hamba dan para pekerja Kaum Kipti). Mereka pun menyiapkan bala tentera berkuda utk mengejar Nabi Musa dan Kaum Bani Israel.
Oleh kerana kebykan kaum Bani Israel hanya berjalan kaki sahaja, maka sempat la Tentera Israel ini mengejar mereka. Kita itu Nabi Musa dan Kaum Bani Israel berada di tepi pantai laut merah, manakala kiri dan kanannya adalah gunung ganang. Nabi Musa ketika itu masih menunggu perintah Allah yg seterusnya. Bersama2 Nabi Musa adalah sepupunya iaitu anak saudara Firaun. Dia telah bertanya kepada Nabi Musa. “Wahai Musa adakah ini jalan yg ditunjukkan oleh Allah” Jawab Nabi Muasa “Ya”. Dia yg menunggang kuda terus masuk kedalam air (laut Merah) sehingga kudanya dan dia hampir lemas dia pun kembali kedaratan. Kemudian cuba lagi sehingga TIGA kali. Kemudian barulah Allah memberi Wahyu kepada Nabi Musa. “Wahai Musa pukullah tongkat kamu” Maka setelah nabi Musa memukul tongkatnya terbelahlah laut Merah itu menjadi 12 lorong. Barulah Nabi Musa dan Kaum Bani Israel berjaya menyeberangi Laut Merah. Sebelum berjalan Allah telah hantar angin utk mengeringkan laluan mereka.
Firaun yg ketika itu takjub melihat kejadian itu pun tergamam. Tentera2 nya juga tidak berani utk mengikut Nabi Musa lagi. Namun Firuan dgn angkuhnya telah berkata. “Lihat lah aku telah memudahkan kamu semua utk mengejar musuh2 aku” Namun tentera2nya masih belum berani utk mengejar Nabi Musa sehinggalah dtg Jibril A.S dgn berupa org yg menunggang kuda betina. Kuda yg ditunggangi oleh Firaun adalah Jantan, oleh kerana tertarik dgn kuda betina tunggangan Jibril A.S, kuda yg ditunggang oleh Firaun terus mengikut Kuda Jibril kedlm Laut Merah. Disbbkan Firuan telah mendahului mereka mara semua tentera2nya pun mengikut dibelakang. Ketika inilah setelah semua Kaum Bani Israel dan Nabi Musa A.S selamat tiba di penghujung, maka laut merah dgn izin Allah telah bercantum semula dan menyebabkan Firuan dan tenteranya semua mati lemas didlm laut merah.
Aku lebih tertarik bagaimana cara kaum bani Israel menarik bantuan (Nusra) Allah taala. Sepupu Nabi Musa telah 3 kali masuk kedlm air kerana yakin dgn jln yg ditunjukkan oleh Allah melalui Nabinya. Barulah Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa utk memukul tongkatnya sekaligus menyelamatkan kaum Bani Israel dari Tentera Firaun. Lebih dari itu Allah telah memusnahkan tentera Firaun dlm laut merah itu juga. Oleh itu pengajaran dari kisah nabi musa ini adalah utk mendapatan bantuan Allah pertama sekali kita kena buat perintah Allah, no 2 yakin dgn apa yg Allah perintahkan. Barulah Allah akan bantu kita. Jika kita masih belum yakin dgn janji2 Allah bahkan mempersoalkan akan keberkesanannya lebih2 lagi, jgn la kita bersedih jika bantuan Allah tidak sampai walaupun telah byk amalan kita buat, Jd yakin la, sesungguhnya janji2 Allah itu benar. InsyaAllah Islam akan kembali berada di tempatnya satu hari nanti. Amin