Saturday, May 09, 2009

Syukur

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan pd Allah yg Esa, kerana tanpa izin dariNya, tak mampu serta tiada kekuatan kami nak menjayakan sebarang usaha. Terima kasih juga aku ucapkan pd OGKL terutama Fahmi dan Tok Gajah, kerana secara langsung membantu kami merialisasikan impian kami. Setelah 2 bulan kami impikan, berkat doa semua serta sedikit latihan kami lakukan, akhirnya semuanya telah membuahkan hasil. Pada 2 Mei 2009 lebih kurang jam 8.00 pagi, semua peserta mendaki gunung Tahan dari Kelab Sukan dan Rekreasi OPUS telah berjaya mendaki Gunung Tahan.

Walaupun rata2 adalah pertama kali mendaki Gunung, except beberapa yang telah mendaki Gunung Kinabalu, namun cabaran membawa beban sendiri diatas bahu adalah asing bg kebykan dari mereka. Namun aku kagum dgn sikap mereka seperti telah biasa mendaki. Mungkin sedikit latihan ketika di Gunung Nuang tempoh hari memberi persediaan pd mereka. Sekurang mereka tahu la berat backpack yang mereka akan pikul 4 hari disana nanti.

Beberapa peserta dari OPUS juga berpotensi untuk diketengahkan dlm bidang pendakian seperti Ahmad Sayufie aka Jamal Angin Senja, Chan Wai Ling serta yus. Namun yang lain Jimmi, Duwe, Easter, Miss Chong dan Awe aku tidak menafikan kebolehan masing2. Fahmi dan Tok Gajah juga menambah resipi line up kali ini. Semuanya happening saja hahahhahahaha.

So what next. Ketika berapa di Tahan, Fahmi dan Tok Gajah baik punya racun suruh kami gi Indonsia plk. Aku plk baik punya bg Rinjani tahun depan fuhhhh. Selain dari itu Chan minat nak ke Murut. Nak tgk Kem gereja katanya. So bg aku mana2 la, aku harap seperti Deeno ckp tempoh hari masa aku hantar ke rumahnya, cakap2 lps balik dari Tahan lebih penting sebenarnya. Diharap feedback yg positif akan menyebabkan lebih ramai lagi tertarik utk menyertai aktiviti rekreasi ataupun lebih khusus lagi mendaki gunung.

Jumpa lagi lain kali, lain gunung pula. Apa yang penting kerjasama……