Friday, January 08, 2010

Semuanya Telah Selesai

Fuhhhh.. banyak aku nak ceritakan kali ni dan satu aje kesimpulan yg aku boleh katakan. Seperti tajuk aku kali ini, segalanya telah selesai. Apa yg mengusutkan fikiran aku dan keluarga aku telah pun kira selesai la. Tarikh keramatnya adalah 5 Januari 2010.

Hari itu bermula seperti biasa. Aku mmg cuti half day ari tu, hari tersebut merupakan hari pertma persekolahan dia. Pagi itu risau juga aku 1st time dia masuk sekolah dan 1st time tinggalkan rumah berpisah dr kami sekeluarga. Mula2 hantar Nampak mcm menangis hahahaha, I think its normal. Emmm. Apapun balik ari tu aku gi ambil dia tepat jam 12.00. Mula cuak gak aku tunggu punya tunggu tak sampai2 anak aku. Nasib baik aku jumpa cikgu dia, dia pun kenal aku. So sama2 la kami cari dia. Rupanya dia masuk nursery, ikut kawan dia. Siap tukar baju dah. Adoiiiii. Lega dapat tgk muka dia semula. Sampai rumah mula dia ceritakan hal dia kat sekolah. Cikgu dia pun ada bgtau dia tak menangis, menangis sekejap aje la sama mula2 sampai tu.

Petang tu aku ada meeting kat PLUS pukul 3.00 ptg. Wife aku balik lambat sket. Lps dia balik baru aku pegi. PLUS office kat subang kejap aje. Aku bertolak 2.45 pukul 3.05 dah sampai. Nasib meeting blum start. Meeting habis pukul 4.30 ptg. Trus aku balik rumah. Tak sampai pukul 5.00 ptg aku dah sampai rumah. Isteri aku masa tu tgh tuisyen. Takde apa2 yg pelik tentang itu. Balik2 aku kena tolong stepler kertas soalan dia plk. Amirul seperti biasa masih tak berhenti cerita pengalaman dia 1st day kat sekolah. 5.30ptg lebih kurang tuisyen habis. Aku naik atas nak solat asar. Isteri aku mengikuti aku bersama anak aku. Masa ambil air semayang tu aku dgr anak aku bgtau mama tak larat naik ke? Aku biarkan aje la. Lps tu anak aku ketuk2 pintu tandas bgtau mama tidur kat lantai aje, dia penat tp tak tidur kat katil. Dlm fikiran aku apa plk ni. Keluar aje tandas aku minta isteri aku tidur atas katil. Dia ikut aje tp nak mandi dulu katanya. Blum sempat aku solat isteri aku panggil aku, Abang dah keluar la, aku pun segera ke tandas. Rupanya dah keluar darah byk dia, terkejut aku, aku minta dia basuh dulu dan aku ambil pad dia. Selesai solat asar kami terus pergi ke hospital. Pukul 6.00 lebih kami sampai di hospital, setelah diperiksa oleh doctor, sah la isteri aku mengalami keguguran, namun masih terdapat lagi sisa2 yg perlu dicuci jd terpaksalah dia jalani D&C esok pagi. Mlm itu isteri aku dimasukkan kedalam wad di Darul Ehsan Medical Centre, mmg kami buat check up disini pun dengan Dr Zamri.

Lega jugak rasanya aku. Walaupun kalut gak sbb tak penah terjd, tp aku lega ianya dah berakhir. Sblm ni duk kusut dlm fikiran aku ni. Amirul mlm tu tak mau lepaskan mak dia. Terpaksa la aku heret dia balik, Esok nak sekolah kena bangun awal sket. Balik rumah dia tertidur depan TV. Aku buka Transformer nak pujuk dia lupakan mak dia. Pagi esok bangun taknak kesekolah plk. Pujuk punya pujuk, lps minum susu baru la dia setuju nak mandi dan makan sikit. Pagi tu sebenarnya aku taknak ikut dia pergi, tp disbbkan dia masih merengek so aku ikut la. Aku taknak nanti dia fikir tiap2 hari aku hantar dia padahal atuk dia akan hantar dia tiap2 hari. Tp tghari tu aku biarkan atuk dia ambil dia. Selepas hantar amirul, aku terus ke hospital. Isteri aku dah berada dlm bilik persediaan sebelum masuk bilik bedah. Sekejap aje kami sempat bertemu, kira2 jam 9.00 pagi, isteri aku dah dibawa masuk ke bilik bedah. Nurse tu kata dlm 30 minit aje, selesai la. Masa menunggu aku habiskan masa dengan membaca buku. Sedar 9.40 pagi dah. Cepat2 aku pergi semula ke kawasan bilik bedah. Wife aku sedang tidur dan disebelahnya kawannya ili.

Ili tak boleh lama tunggu, disebabkankerja yang perlu diselesaikan. Tinggal la aku menemani isteri aku. Pukul 10.00 isteri aku mula sedar. Pagi tu sarapan hospital bagi, roti dan air milo. Agak lama kami menunggu disini sampai kira2 jam 10.30 baru la dibenarkan balik ke bilik. Sampai dibilik kami sempat aku tanya nurse tu bila boleh balik, katanya tunggu bill siap lps tu boleh balik dah, namun disbbkan isteri aku memesan makan tghari, maka dia terpaksa tunggu makan tghari tersebut. Setelah selesai aku keluar jemput anak aku. Amirul balik bersama atuknya, seperti tiada apa2 berlaku, dia balik seperti biasa. Lps mandi dan makan baru la dia teringat maknya yg berada dihospital. Aku sampai dihospital bersama amirul, isteri aku dah bersiap2 nak pulang. Bill keseluruhan kesemuanya bernilai RM 2,200.00. Nasib company tanggung, tp tinggal 800 aje la bill outpatient aku. Takpe la janji semuanya dah SELESAI. Sampai rumah lebih kurang 1.30. Lega rasanya SEMUANYA TELAH SELESAIIII.