Thursday, February 18, 2010

Ciri-ciri Unik Score A




eTopic™

Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
Markah lulus 80% iaitu A;
Penandaan adalah serta-merta; juga
Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa

eAssessment™

Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya;
Penandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.

eTrial Exam™

Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

ePast Year Exam™
Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.


eTopic™ & eAssessment™
Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi.
Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.


eTrial Exam™ & ePast Year Exam™
Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
“Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar.
Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.

eProgress™

Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

eNotes™

Nota ringkas tetapi padat
Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
Berkonsepkan peta minda.



eDictionary™

Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.





eReport Card™ (Online dan sms)

Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.



Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia

Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai Score A Programme™, sila layari www.scorea.com

Untuk online demo Score A Programme™,




Masukkan Demo ID: 82828

Tuesday, February 16, 2010

Score A Programme™

Apakah Score A Programme™ ?
• Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Apakah Pembelajaran Output?
• Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.
• Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku
o Kena periksa jawapan sendiri
o Tidak boleh mengulang soalan
o Tiada pemantauan masa
o Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
o Tidak Interaktif
Apakah Pembelajaran Input?
• Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
• Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
• Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
• Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

Sunday, February 14, 2010

Balasungkawa

Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup aku sepanjang bulan January lepas. Tak sempat aku nak ucapkan selamat tahun baru dan sehingga sekarang aku baru aje bergiat dlm bidang keusahawanan. Selepas isteri aku mengalami keguguran, tepat pada pukul 6.03 ptg 13 Jan 2010, atuk aku sebelah ayah aku telah meninggalkan dunia yang fana ini selamanya. Walaupun aku sebenarnya tidaklah terlalu terkejut dgn kematian beliau disebabkan terlalu lama sakit. Rasanya tak kurang 5 tahun dia telah mengalami lumpuh dari pinggang ke kaki. Namun 2-3 tahun ini panyakit lumpuhnya itu bertambah parah sehingga tangan pun tak boleh bergerak. Dalam tempoh itulah setiap akli aku berjumpa dia, kerap juga la dia merintih tentang dirinya. Biasalah, kalau kita yg sakit tekak sekalipun merintih sakit, inikan lumpuh yang tak boleh bergerak. Bayangkan dulu kita bebas bergerak. Tiba2 terpaksa berada dirumah sahaja. Aku sampai sekarang takleh recall kenapa dia boleh lumpuh. Cuma dalam ingatan aku dia ada sekali jatuh motor ketika balik dari surau. Namun tak tahu adakah itu penyebabnya.

Allahyarham Haji Ibrahim bin Ismail, nama diberi. Terlalu banyak nostalgia yang kami lalui bersama. Walalupun ketika aku kecil, aku lebih banyak berada di belah keluarga ibu aku. Namun semua adik beradik lelaki aku telah bersunat dgn beliau. Dia pencen bekerja di Klinik Kesihatan Tendong sebagai kerani kaunter ubat. Dengan kerjayanya itu membolehkan dia senang kepada access ubat2 utk digunakan utk bersunat. Banyak juga la budak2 kampung, kebanyaknya semua bersunat dgn dia. Tak tahu kenapa yang paling aku ingat adalah dia menghantar aku pergi ke UiTM (ketika itu masih dikenali ITM lagi) Machang utk interview jd Arkitek. Banyak lagilah tak terrecall dah aku rasanya.

Sblm ini boleh rujuk boleh aku blog aku sept 2007, Adalah hari yang mana adik beliau meninggal dunia. Masih ingat lagi aku, selepas kematian adiknya tu, aku berkunjung berjumpa dia. Seperti biasa la dia merintih tentang nasibnya, Cuma kali ni dia sedih la kenapa la adik dia dulu yang pergi, bukan dirinya. Aku pun tak tahu camna nak cakap apa masa tu. Yea la soal Qada’ dan Qadar kalau kita yg normal ni boleh la fakir, dia yang lumpuh ni aku rasa dah berapa lama la dia fakir. Aku harap sepanjang tempoh dia sakit itu, harap dia redha dan bersabar dengan setiap ketentuan dari Allah. Semoga berkat kesabaran itu akan menambahkan darjat beliau disisi Allah. Amin dan Al Fatihah.