Monday, May 16, 2005

Gunung Kinabalu

Hai bertemu lagi dlm blog ini.Pada hari ini tinggal lagi 2 hari sebelum aku dan rakan2x opisku akan berangkat ke sabah utk memulakan pendakian kami menawan puncak Kinabalu. Aku sebenarnya agak risau la, yea la pegi tempat org kan lagipun aktiviti mendaki ni bkn main2x, ada bahayanya. Jadi aku berdoa agar kami dilindungi dari segala musibah dan selamat pergi dan balik dan berharap semua kalau boleh dikalangan kami akan berjaya sampai dipuncak Gunung Kinabalu (mmg tu pun tujuan kitakan). Diharap semua rakan2x bersemangat utk memulakan cabaran yg bakal mendatang. Baju2x pun semua dah dpt, nanti dah ramai2x nanti bersemangat la sikit.
Barang2x keperluan kesana rasanya 90% aku dah ada termasuk baju sejuk sekali, aku pun heran gak, ada org kata sejuk kat atas sana tu, ada org kata tak sejuk sgt, mungkin tahap ketebalan lemak dlm bdn kita ni mempengaruhi pengalaman kita dan tak boleh la kita nak samakan antara satu sama lain. So to be in the save place, aku bwk 2 baju sejuk, satu wind breaker (thank pd opis), satu seluar panjang dan satu seluar pendek, stokin bola, satu t-shirt biasa, rasanya dah cukup utk memanaskan bdn aku nanti, terutama bila nak naik ke puncak pd jam 2.30 pagi 22 Mei 2005 nanti,
Segala pengalaman semasa berada disana nanti akan aku coretkan nanti, tak kira la baik ke buruk ke semua aku tulis dan harap2x byk lah yg baiknya kekekekke, adoii la, kalau la kita dpt meramal masa depan kan
oklah sampai disini saja, dah pkl 1 sekarang aku turun bawah, tgk2x dan makan apa yg patut, hehehe oklah semua bye

0 Comments:

Post a Comment

<< Home