Saturday, August 12, 2006

Trans Kemensah Janda Baik


pokok besar
Originally uploaded by badai272.
Pada 29 Julai lalu aku telah mengikuti Trans Kemensah Janda Baik yang dibuat oleh Abg Rashid dari Karat Adv. Perjalanan yang bermula dari Kemensah dekat2 kawasan Jinbara dan berakhir di Kebun Rimba di Janda Baik. Perjalanan mengambil masa agak lamaaaa iaitu 10 jam, atau lebih tepat bermula jam 10.30 pagi dan berakhir 9.45 mlm. nak putus urut kaki aku hahahaha. Perjalanan yang disajikan dengan keadaan rimba yang agak tebal dan pokok2 yang boleh dikatakan besar. Gambar menunjukkan adalah pokok paling besar kami temui dlm berjalanan kami. Berjalanan yang bermula dgn mendaki bukit kecil (tp berjelir jugak la lidah aku) lepas itu agak santai dan perlu menyeberangi 4 buah sungai disebelah selangor dan 2 disebelah pahang. Disebelah Kemensah adalah kawasan hutan simpan selangor bertujuan untuk menadah air utk Klang Gate Dam. Memang tak disangka boleh menemui hutan yg agak tebal di kawasan KL. tak perlu la nak ke Ulu Langat ke ataupun Batang kali ke utk menikmati keindahan hutan begini. Pada hemat aku sepatutnya selepas ini lebih byk maklumat tentang Kemensah Janda Baik ini diberikan utk tujuan pelancongan. Walaubagaimanapun, selepas sungai ke 4 (ataupun sungai terakhir belah selangor) perjalanan agak juram dan mungkin kurang sesuai utk orang yang tak biasa mendaki gunung. Namun pd sebelah Janda Baik, jlnnya agak sama dari Kemensah iaitu agak santai. Namun oleh kerana kami sampai disana dah mlm, kami agak kurang menikmati suasana disana. Jadi pada aku, perjalanan ini kalau dimulakan lebih awal, mungkin kami dapat menikmati suasana dgn lebih baik lagi (mungkin la hehehehehe). Kami tidur dikawasan kem janda baik yang juga dipunyai oleh salah seorang guide kami. Dan belah mlmnya kami menikmati nasi beraini (thanks to Olan) dan unplugged band sempena menyambut hari lahir abg rashid. Esoknya kami balik jam 1.00 tghari dan sampai di KL jam 3 ptg. Huhuhuhuhuhuhu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home