Wednesday, August 23, 2006

Bumi Kitakah Ini?



Bumi kitakah ini?
Pasir yang mengalir dari jari jemari ini
Jatuh berderai membentuk bumi

Adakah lautan tanah ini milikku?
Mungkinkah bumi yang berjuta abad
Milik manusia yang umurnya singkat

Sekalipun bumi ini milikku
Kenapa pabilaku pergi
Akanku tinggalkan jasadku didalamnya?

Bumi kitakah ini?
Siapakah pemilik sebenarnya?

Oh Tuhan seru sekelian alam
BumiMu takkan jadi milikku

Hanya berilah aku kesempatan
Meneguk dari sungaiMu
Menyelami kesepian lautan
Mengkagumi gemuruh langitMu
Mengikuti gelagat hambaMu
Dan menginsafi kekuasaanMu

Berikanlah aku kebijaksaan
Untuk tidak hanya menerima
Tetapi juga memberi
Usaha dan titik peluhku
Dengan keikhlasan, rendah hati dan belas kesian

Amanah yang ku warisi
Dengan ikhlas ku manafaatkan
Semoga semua terilham jua
Semoga yang lain akan bertanya
Soalan yang sama
Mencari jawapan yang kian amat ketara

Bumi kitakah ini?

ehsan iklan Petronas sempena menyambut Hari Kemerdekaan 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home