Wednesday, November 04, 2009

Bukit Broga

Broga Hill.. satu nama yang tidak asing lagi bagi pengemar sukan lasak di Malaysia khususnya bg yg meminati bidang mendaki gunung disekitar lembah klang. Bukit ini yang terletak di kawasan Semenyih, lebih tepat lagi jalan menuju ke Pekan Broga . Jika dari pekan semenyih, ambil simpang kiri selepas Petronas jika anda dari Kuala Lumpur. Jalan terus kemudian anda kan berjumpa Universiti Nottingham , Malaysia. Selepas sahaja jln 4 lane berakhir, disitu la letaknya starting point bukit broga. Landmark paling popular adalah rabbit land. Jika hari betul2 cerah hari trsebut, parking kereta boleh menjadi satu masalah besar disini. Anda mungkin terpaksa berjalan kira2 1 km lebih hanya untuk sampai ke starting point.
Di awal pendakian, anda akan melalui jln didlm ladang kelapa sawit. Perjalanan yg agak santai ini mengambil masa kira2 5minit sblm anda berjumpa laluan hutan. Trek hutan ini telah mula mendaki dan bg sesiapa yg kurang exercise, dia mungkn akan terasa sesak napaf sikit hehehehe. Pada hari yg baik, laluan ini agak sesak kerana jalannya cuma satu sahaja. Jd pandai2 la bg laluan kepada yg turun dan naik. Kebiasaannya jika naik dlm pukul 6.30 – 7.30 pagi, kesesakan utk turun tak berlaku kerana kebykan org kebykan akan naik masa tu. Tp kesesakan masih juga berlaku kerana sesetgh org agak sukar utk melalui trek2 yg terpaksa menggunakan tali dan berhenti akibat kepenatan. Trek hutan ini mengambil masa 10-15 minit bergantung kepada kelajuan dan kesesakan pada waktu itu. Setelah habis hutan ini, baru la bermula hutan lalang. Hutan lalang inilah yg menyebabkan bukit ini begitu istimewa sehingga ada yg menyamakannya dengan hutan savanna dinegara Indonesia.
Permulaan bukit broga ini, kalau tak penah naik gunung mmg trkejut sikit la, pacak pergg mmg taraf gunung la, tp tak lama sgt la, kira dlm 5-10 minit aje la. Tp kat tempat ni mmg anda boleh saksikan aktiviti pujuk memujuk rakan2 utk naik keatas. Walaubagaimanapun, dr kawasan cerun bukit ini, pemandangan university Nottingham dan sebahagian Bandar semenyih sudah kelihatan. Puncak pertama bukit broga adalah puncak plg luas dan mmg ramai orang lepak kat sini. Disini jika hari cerah, view Bandar semenyih mmg jelas kelihatan. Oleh kerana tempatnya yg terbuka, view trek yang akan dilalui seterusnya juga jelas kelihatan. Disini jika anda datang dlm group yg ramai, anda boleh melambai2 kawan2 anda walaupun sudah berada di puncak kedua.
Dari puncak pertama ke puncak kedua, ketiga dan keempat menhambil masa 15-20 minit. Tp kalau gi dgn photographer jgn 30 minit, takut sejam pun tak cukup, lalang, awan, batu semua nak ambik jenuh wakakakaka. Apapun bukit broga mmg best. Cuma dah dua kali aku gi ni, sampah terutama botol2 mineral, plastic coklat byk kelihatan. Jd tak best la, tempat rekreasi serta awam ni kita pakat2 jaga. Lama2 kalau tempat ni penuh dgn sampah baru nak menyesal tak guna. Pada pendapat aku, kalau org yg biasa dgn rekreasi mereka sedar tentang keperluan menjaga tempat yg seperti ni. Namun bg yg masih baru2 ni harus diberi kesedaran. Tambah2 aku rasa tempat tu area orang persorangan. Kalau lps ni org tu tutup area tu baru nak melopong, padan muka semua. Jd harap semua sedar, dan pakat pesan sama2 kita.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home