Sunday, November 01, 2009

You grow up so fast

Bulan 9 lepas genap la anak aku 3 tahun dlm tahun masihi. Namun masuk bulan Januari tahun depan, umurnya dah dikira 4 tahun. Wife aku dah mula nak daftar dia masuk tadika. Perkara ni dah lama kami bincang. Antara sebab utama nak bagi dia berkawan la. Ialah selama 3 tahun ni pun kawan dia kat rumah Oma Atuk dan Bibik dia aje hahahaha. Elok la dia cari kawan sebaja dia sblm dia masuk ke alam persekolahan yang sebenar.
Namun jauh dalam hati kecil ini kesian plk kat anak aku ni, kecil lagi baru masuk 3 tahun. Mcmana la kat sekolah dia nanti. Biasa bangun pukul 7 pagi pun bukan nya mandi lagi. Duduk dulu dgn bibik atau atuk dia, mungkin mandi pukul 8.00 atau 9.00 pagi. Kalau ke sekolah mesti la 6 lebih dah mandi. Makan kat sekolah dia mcmana plk. Kencing berak, walaupun sekarang mmg tak pakai pampers dah. Tapi bila ditempat baru takut2 dia lambat nak biasakan diri. Risau betul aku. Tak tahu la kalau ayah2 lain yg telah menghantar anak2 dia pun risau mcm aku ni
Aku kerap kali cuba nak recall mcmana la aku first time pergi sekolah dulu. Aku tadika dulu kat tadika kemas aje, tu pun umur dah 6 tahun baru masuk. Tp masa tu aku duk kat kampung kira ada la kawan aku. Dan kawan aku plg karib adalah adik aku sendiri. Ini mungkin disebabkan beza umur kami pun hanya setahun aje. Masa tu takde la canggih mcm KL ni, smart reader la, kumon la Aku rasa hanya Kemas aje ada masa tu. Tapi masa berlalu begitu pantas dan aku kini telah memiliki seoarang anak lelaki yg berumur 3 tahun. Bakal menjd ayah yg menhantar anak dia ke sekolah. Aku cuba bayangkan mcmana perasaan ayah dan mak aku masa hantar aku kesekolah dulu.
Sebelum aku buat keputusan ni, aku ada tanya la kawan2, byk yg kata kecil lagi, tp ada yg kata boleh dah. Cuma ada gak bg pendapat yg kata kalau setakat nak main2 tu hantar play school aje la. Takde la cikgu tekankan sgt belajar ni. Tp bila fikir2 tak payah la, bayarannya pun tak beza byk. Dan perkara paling penting sekali utk hantar masuk belajar ini adalah utk menimbulkan minat dia utk kesekolah. So bulan 12 nanti kami bercadang nak hantar dia kesekolah. Wife aku pun cuti sekolah masa tu. Harap-harap semuanya menjadi la. InsyaAllah semua orang mengharap yg terbaik sahaja. Semoga perancangan kami masa dgn perancangan yg telah Allah tetapkan utk kami. Amin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home