Tuesday, February 26, 2008

Selamat Hari Tua

Setiap kali sambut ulang tahun kelahiran berbagai ucapan yg diterima oleh kita umpamanya selamat panjang umur, semoga murah rezeki dan sebagainya. Namun pd tinta ini aku ingin mengalihkan sedikit pandangan kita semua kepda maksud lain kepada sambutan ulang tahun kelahiran.
Pd aku yg menyambutnya pd tanggal 27 February setiap tahun dan tahun ini adalah ulang tahun ke 30 pd aku.. Pertama2nya aku mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana sudah memberi aku mengecapi nikmat dunia ini selama 30 tahun. Cuma kali ini jgn berhenti disitu sahaja, cuba fakir kembali sudah 30 tahun Allah bg kamu peluang dlm dunia ini, apa yg sudah kau buat utk Allah. Sudah cukupkah ucapan syukur kau pd Allah. Atau selama 30 tahun ini kita lebih byk mengundang kemarahan Allah dari keredhaanNya. Itu yg sepatutnya difikirkan oleh semua umat Islam setiap kali ulang tahun kelahirannya.
Di samping itu juga kita perlulah mencongak baki umur yg telah Allah peruntukkan pada kita (umat Nabi Muhammad umurnya sekitar 60-70 tahun sehaja). Sudah cukupkah bekalan yg akan kita bawa untuk menemui Allah Taala. Cita2 bagi semua umat Islam, atau boleh dikatakan sepatutnya cita2 bagi semua manusia yg dilahirkan adalah untuk masuk kedua2 belah kakinya kedalam syurga. Selain dari cita2 ini adalah cita2 no 2,3 dan seterusnya. Oleh itu apabila kita telah tetapkan kita punya target, usaha2 kearah mencapai target itu haruslah disusuli. Kalau duk diam aje, ikut adat dunia ni tak dapat.
Satu lagi 27/2 ini adalah sambutan ulang tahun aku mengikut tahun Masihi. Kalau ikut kalender Hijrah adalah jatuh pd 19 RabiulAwal ataupun bersamaan 27 March pd tahun ini. Mengikut calendar Hijrah umur aku tahun ini adalah 31 Tahun. Jd fikir2 sendiri la umur Rasulullah ketika wafat adalah 63 tahun tu ikut Hijrah ke Masihi? Samalah kita fikirkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home