Monday, February 25, 2008

Gunung Hitam




24 Februari 2008

Di kala orang bangun pagi2 Ahad ini untuk pergi ketempat penamaan calon atau sekurang2nya membuka tv utk mengikuti perkembangan penamaan calon, kami seramai 19 orang ahli2 OGKL pergi mencari pasal, penat mendaki Gunung Hitam. Gunung Hitam ni terletak di Hulu Langat, starting point dia dekat Leweng, (on the way ke tekala atas sikit dari Gabai ada satu simpang sebelah kiri ke Leweng). Bagi penduduk2 tempatan, mereka lebih mengenali Gunung ini dgn Bukit Hitam. Jus dan Yasir kali ini bertindak sebagai guide dan sweeper kami selepas mereka pergi mencari jalan minggu lepas bersama Deeno.

Jam 6.30 pagi
Aku bangun malas pagi ni, sakit kat keting aku masih terasa hasil main lompat2 dgn anak aku adoii jgn cram dah la ari ni, selepas mandi dan semayang subuh, aku bersiap2 utk turun beg dan barang utk kebawah, Syuk sms aku masa ni nak tanya confirm ke tak nak pergi, “Aii tak tahu lagi ke budak ni” kata aku, setelah menjawab sms syuk aku terus kebawah, baru start kereta nina plk sms hahahaha, call dia bgtau aku dah nak kuar tp kena isi minyak dulu. Semasa isi minyak kat stesyen Petronas sekyen 13 shah alam, terasa nak memerut la plk, adoiii, confirm nina tunggu lama ni, syuk apa lagi, jam menunjukkan pukul 7.30 pagi masa tu. Takpe la biar dia tunggu jap. Selepas selesai hajatku aku memecut kereta aku ke Kg Melayu Subang utk menjemput Nina, “Feng kau kat mana” “Dah dekat dah ni dah dekat dah” adoiiiii. Padahal Shah Alam pun tak kuar lagi. Dlm masa 15 minit gitu aku dah sampai ketempat Nina, trafik takde ditambah luck aku kat traffic light, sampai aje hijau huhuhuhuhu. Aku kemudian meneruskan perjlnan mengambil syuk kat Naza federal hgway. Mesti lama tunggu kau kan Syuk adoiii. Sorry la. Selepas ambil Syuk kami meneruskan berjlnan ke Bt 18 Hulu Langat.

Calar (hati dan keretaku)
Mananti kami disana sudah ramai, ada yag aku kenal ada yg aku tak kenal. Kami sampai bersama fairus, muzamil dan hairol, Makan dikedai sama aku makan masa nak naik Chenuang bulan lps. Kali ni disebabkan kehabisan nasi lemak aku membungkus roti canai kosong satu. (sebenarnya ada tp lambat sampainya adoii). Jam sudah menunjukkan 9.00 pagi lebih, Kami masih menunggu kemunculan Yassir sebagai guide kami. Bagi mengelakkan menunggu lebih lama, kami semua bercadang utk ke ruamh Jus yg kebetulan adalah org tempatan disini. Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi kemunculan Yasir yg kami tunggu masih belum muncul. Setelah tunggu agak lama kami pun bercadang utk masuk dulu dan menunggu Yasir kat dlm, Baru aje start kereta yasir sampai, adoiii 10 lebih baru muncul. Setelah parking motor dia dekat rumah juz, dia tumpang satu kereta utk sama2 masuk ke Leweng. Leweng tu dah tak jauh dari rumah Jus ni. Namun jln masuk ke Sg Leweng ni mmg azab la sikit, pd yg sayang kereta tu elok la letak kat luar tak pun kalau yg lowed2 tu mmg berair mata la masuk hahahahaha, tanya Fairus kalau tak caya. Masuk kedlm lebih kurang 10 minit dari jln besar parkingnya cantik, cukup luas utk kami yg jumlahnya dlm 5 buah kereta. Kurang2 kali ni mendaki seramai 19 orang. (tarafnya bawah sikit aje dari official trip hahahah).

Gerak Gelak Gelap
Setelah warming up yg dilead oleh Amad, dan bacaan doa oleh Syuk kami bergerak kira jam 10.45 pagi, ( fuh 2 jam lari dari time sebenar) Trek bemula dgn trek Balak (betul ke) kemudian disambung masuk kekiri kekebun2 org sebelum sampai ke sungai pertama. Kemudian trek bersambung ke sebelah kiri. Trek selepas ini agak mencanak jugak la, berupa batu2 kerana masih dekat dgn sungai tp masih boleh diterima akal sebelum kami berjumpa satu air terejun cantik. Kami rehat lama jugak disini. Yasir yg belum sarapan makan nasi lemak yg dibeli oleh Nina pagi tadi. Yang lain2 pun ada layan sama, aku layan gambar aje la, masa trek semput nak angkat kamera hahahahaha. Kira2 jam 12.30 kami bergerak semula, destinasi kami kali ini adalah pondok tempat org jaga kebun. Trek lps air terjun ni mmg tak ingat la canak dia. Siap kami dgr ada benda jatuh dup dup dup ingat apa rupanya batu, Trek hampir 90 darjah ini mengingatkan aku pd Bah Gading dan sama mcm nak naik Liang menurut Angah. Tanahnya yg mudah hancur juga menyebabkan kami kena lebih hati2. Perjalanan seterusnya agak pun mandaki Cuma sekali sekala la mandatar, aku ditemani oleh Baby dan Fauzi (kawan Ayong) Sekali aku didepan sekali baby didepan hahahahaha. Pewai betul kali ni huhuhuhu. Kami sampai disatu pondok tinggal ingatkan ini pondoknya rupanya ada satu lagi pondok cantiknya. Lama jugak kami berhenti disini, Mengikut jam aku kami sampai dlm pukul 1.30 ptg. Kem Site ni cantik, kalau nak kemah pun ok sbb sungai mmg kat tepi aje, mungkin sbb ni la org kampong buat pondok kat sini, Yasir dah siap2kan kwasan utk solat. Kami kemudian gilir2 solat sambil makan nasi/bekalan yg dibawa.. Aku yg kebulur (hahahah) pau capati yg dibawa oleh Angah, Pastu semua org serbu angah adoiiiiii. Kami bertolak semula lebih kurang pukul 2 ptg.

Naik Naik Naik
Perjalanan dari Pondok ni kepuncak mengambil masa kira2 2 jam. Perjalanan dari sungai sebelah kanan naik sebelum turun sedikit kemudian naik naik naik tak hingat. Pd permulaan aku jln bersama Hafez dan Suraya serta Nina, yg kemudian makin jauh meninggalkan aku. Kemudian aku ditemani group kedua Ain, Ayong, Muzamil, Baby, Fairuz, Herol dan Poji. Ayong dan Poji yg semmg nya merpati dua sejoli menjadi bahan usikan Muzamil dan Hairol. Bermcm2 lagu la dinyanyikan utk mereka. Ayong dan Poji tak sempat nak tempis dah, dengar telinga kanan keluar telinga kiri aje hahahaahhaah. Muzamil Hairul dan Fairuz berhenti utk menunggu org belakang. Aku folo Ain dan Ayong yg kemudian laju la plkkk tinggalkan aku. Perjalanan seterusnya bg aku sorang diri, sempat jugak aku tgk sms dari kawan aku mengatakan Dun Kijang di Kelantan di menangi oleh Calon Pas selepas bantahan oleh Calon Pas diterima oleh SPR. Takbirrrrrr. Sekali sekala ternampak kelibat Ain dan Ayong didepan. Kira jam 3.30 ptg booommm, bunyi mercun. Dan sampai la tu rasanya. Naik punya naik akhirnya aku sampai ke puncak dekat2 pukul 4.00 la. Rehat sekejap sambil menunggu kawan dibelakang, Yasir dah bg masa, 4.30 tak sampai gerak huhuhuuhu, Alhamdulillah 10 minit lps tu group last sekali sampai, semua sekali satu gerabak, Ayong yg mulanya menyangka cek abang dia yg sampai, meleset kerana Cuna sampai dulu cayalah Cuna.

Turun Turun Turun (hangit la clush plate weh)
Kami berehat, ambil gambar dan main mercun sama2, Adoiii main mercun tak hingat, sampai meletup meletup la. Kira2x 4.30 ptg kami menapak turun, Trek turun sendiri mau ingat la, kalau tadi naik naik naik, kali ni tak hingat turun turun turun. Turun kami dilead sekali lagi oleh Yasir dan dibelakang Yasir setia menemani adalah Cuna, laju tak hingat sampai nak tercabut rasa lutut aku. Sampai di Kem Site pondok tu kira2 jam 5.30 ptg, sampai aje org belakang yg tak jauh sgt dari kami, kami terus bergerak kebawah. Trek kali ini tak ikut trek air terjun pertama kami jumpa tadi. Oleh sbb itu, Yasir pun dua kali jugak la confuse dgn trek. Amad yg kebetulan berada dibelakang masa tu membantu cari trek. Masa itu la aku tahu kenapa la ada jeritan di belakang tadi. Terkejut jugak aku dan Nina mendengar jeritan itu. Rupanya Ain terkena sengatan penyengat adoiii. 4 das jugak la, lps tu baru aku tahu bukan dia sorang aje Baby pun ada kena 2 das hahahah. Kira2 jam 6.30 kami sampai di satu sungai. Ingatkan ini sungai yg kami cari tu, rupanya silap sungai itu kami jumpa kira2 10 minit selepas itu. Trek selepas sungai ini sudah aku kenali iaitu kami sudah lalui sebelum ini. Kemudian Jln kebun trek balak dan parking yeaa Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak la trek sondol. Kami semua selamat sampai kira2 jam 7.15 ptg. Selepas mandi dan solat kami bertolak ukt menikmati ikan bakar, Menunggu kami direstoren Deeno dan Famili, Abg Apip dan Famili serta Tok Gajah dan isteri. Thank to eberi bodi, Trip ni trip ganti sweetenham utk aku sbb takleh gi, tp rasanya trek ni lagi canak hhuhuhhuhu.

1 Comments:

At 5:44 PM, Blogger Time Traveller said...

Macam best jer kalau over night camping dekat Gunung Hitam yg kata sebelah sungai tu.. ok tak?

 

Post a Comment

<< Home