Sunday, August 26, 2007

Tewas Sebelum Berjuang

Demam.... 2 ari aku demam, sabtu tu aku dah kebah dah sikit, tapi selepas call denno pak presiden OGKL, aku kembali bersemangat utk menyertai larian itu. Hari Khamis minggu lps aku ada jumpa Doktor dan dia nasihatkan aku utk tidak masuk larian ini ( dia suruh join dia utk larian kardio kat UM ahad minggu berikutnya) Walaupun hati aku berbelah bagi sbb tak sihat sgt, aku tekad kalau penat samada aku jalan atau aku berhenti dari larian terus la. Mlm sabtu tu aku tidur awal la sikit sama baby aku, tiba2 tgh malam baby bangun menangis2, badan dia panas, alamak baby demam ke? Dah berbelah bagi lak aku nak gi ke tidak Bukit Gasing ni. Mlm tu aku tidur bersama impian aku utk masuk Bukit Gasing Challenge tu. hampir 90% aku takleh pergi. Kang apa lak kata org rumah ku, dah la badan baru aje sihat, anak demam, lagi mau lari ka adoiiiiii. 6.00 pagi aku bangun lps solat subuh aku sms Denno tentang ketidak hadiran aku tu, apa yang aku sedih sbb Bukit Gasing Challenge ni adalah satu2nya larian yg aku target dari tahun lps lagi, bila Denno bgtau yg tahun ni akan diadakan sekali lagi aku mmg tak buang masa cari dlm internet. Walaupun aku akui yg kurang membuat latihan sejak akhir2 ni, tp hati aku masih komited utk masuk tp apakan daya tak dapat jugak aku pergi tahun ini. Mlm tu aku ada terfikir gak, kenapa la Allah tak bg aku masuk, apakah hikmah disebalik itu. Walaupun aku tak dapat jawapan hingga kehari ini, aku yakin apa yang Allah tentukan utk aku semestinya adalah yang terbaik utk aku dan aku yakin dan semesti Allah itu Maha Mengetahui.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home