Sunday, February 14, 2010

Balasungkawa

Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup aku sepanjang bulan January lepas. Tak sempat aku nak ucapkan selamat tahun baru dan sehingga sekarang aku baru aje bergiat dlm bidang keusahawanan. Selepas isteri aku mengalami keguguran, tepat pada pukul 6.03 ptg 13 Jan 2010, atuk aku sebelah ayah aku telah meninggalkan dunia yang fana ini selamanya. Walaupun aku sebenarnya tidaklah terlalu terkejut dgn kematian beliau disebabkan terlalu lama sakit. Rasanya tak kurang 5 tahun dia telah mengalami lumpuh dari pinggang ke kaki. Namun 2-3 tahun ini panyakit lumpuhnya itu bertambah parah sehingga tangan pun tak boleh bergerak. Dalam tempoh itulah setiap akli aku berjumpa dia, kerap juga la dia merintih tentang dirinya. Biasalah, kalau kita yg sakit tekak sekalipun merintih sakit, inikan lumpuh yang tak boleh bergerak. Bayangkan dulu kita bebas bergerak. Tiba2 terpaksa berada dirumah sahaja. Aku sampai sekarang takleh recall kenapa dia boleh lumpuh. Cuma dalam ingatan aku dia ada sekali jatuh motor ketika balik dari surau. Namun tak tahu adakah itu penyebabnya.

Allahyarham Haji Ibrahim bin Ismail, nama diberi. Terlalu banyak nostalgia yang kami lalui bersama. Walalupun ketika aku kecil, aku lebih banyak berada di belah keluarga ibu aku. Namun semua adik beradik lelaki aku telah bersunat dgn beliau. Dia pencen bekerja di Klinik Kesihatan Tendong sebagai kerani kaunter ubat. Dengan kerjayanya itu membolehkan dia senang kepada access ubat2 utk digunakan utk bersunat. Banyak juga la budak2 kampung, kebanyaknya semua bersunat dgn dia. Tak tahu kenapa yang paling aku ingat adalah dia menghantar aku pergi ke UiTM (ketika itu masih dikenali ITM lagi) Machang utk interview jd Arkitek. Banyak lagilah tak terrecall dah aku rasanya.

Sblm ini boleh rujuk boleh aku blog aku sept 2007, Adalah hari yang mana adik beliau meninggal dunia. Masih ingat lagi aku, selepas kematian adiknya tu, aku berkunjung berjumpa dia. Seperti biasa la dia merintih tentang nasibnya, Cuma kali ni dia sedih la kenapa la adik dia dulu yang pergi, bukan dirinya. Aku pun tak tahu camna nak cakap apa masa tu. Yea la soal Qada’ dan Qadar kalau kita yg normal ni boleh la fakir, dia yang lumpuh ni aku rasa dah berapa lama la dia fakir. Aku harap sepanjang tempoh dia sakit itu, harap dia redha dan bersabar dengan setiap ketentuan dari Allah. Semoga berkat kesabaran itu akan menambahkan darjat beliau disisi Allah. Amin dan Al Fatihah.

1 Comments:

At 6:31 PM, Blogger zen non said...

Ameen, kematian itu satu transisi alam.

 

Post a Comment

<< Home