Monday, September 03, 2007

Ke Mana Arah Kita??

Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang.... mungkin ini adalah ungkapan paling tepat untuk aku definasikan perjalanan aku hari ini. Hari ini sekitar jam 7.00 pagi aku bertolak bersama isteri aku ke Pulau Pinang atau lebih tepat lagi ke UiTM Pulau Pinang di Bukit Mertajam. Walaupun berat hati aku untuk meninggalkan anak aku yg masih demam dan perlukan perhatian dari kami tp perancangan yg dibuat lebih awal terpaksa jua kami penuhi. Anak aku, batuk selsema, hari khamis lalu baru aje kami pergi sedut kahaknya, walalupun hati aku masih meragui teknik tersebut tp ketiadaan alternative lain yg boleh aku fikirkan sehingga mebuatkan aku seolah2 tiada pilihan. On other hand aku sememang menghargai usaha isteri aku bertanya kawan2nya tentang klinik yg patut kami lawati demi anak kami ini. Bukan itu sebenarnya yg menyebatkan hati aku berat meninggalkan dia tp ubat yg diberi oleh doktor mak aii byknya. Dia plk susah nak makan ubat, itu yg paling aku risaukan.
Apapun perjalanan aku teruskan jua. Aku berhenti rehat sambil sarapan di Hentian Rehat Tapah selepas kira-kira 1 jam 15minit memandu. Sepanjang perjalanan sempat jugaklah aku tgk progress project yg aku jaga sekarang heheheheh sempat lagi tu, Isteri aku pula tertarik dgn patung yg diletakkan di sepanjang kawasanan pembinaan sebagai menggantikan orang untuk mengawal lalulintas. Secara keseluruhan perjalanan kamipergi ke Pulau Pinang menarik terutama selepas exit Grik kerana sudah lama benar aku tak ke sini. Kami sampai ke UiTm sekitar jam 11 pagi. Jika tidak panduan dari in law aku serta org yg aku tanya di stesen Petronas susah jugak aku nak cari UiTM ni. kami spend masa selama 3 jam bersama adikipar aku tu. Pada pandangan aku, UiTM ni kira oklah, sbb satu mungkin masih baru, Bangunan asramanya setinggi 8 tingkat siap dengan kemudahan lift. Cuma aku masih bingung kenapalah mereka masih belum boleh sediakan kemudahan asrama ini kepada pelajar2 sekurang2nya utk 2 tahun, Tahun akhir aje mereka perlu cari rumah sewa. Ini tidak, sudah ada ura2 utk membuang pelajar yg tidak aktif pada semester berikutnya. Pelik pelik. Sempat jugak dia bawak kami jalan2 di Carrefour yg terletak kira2 5minit berkereta dari UiTM tu. Kira bykjugakla kemudahan yg ada disini. Cuma aku tak pasti dimana budak2 ni nak menyewa nanti bila dibuang dari asrama. Mmg kurang kawasan perumahan disini, Mungkin masih baru agaknya. Jam 2 ptg kami balik.
Sepanjang perjalanan pulang agak memenatkan kerana sudah setghari aku pandu kereta, namun kami masih 4 jam jauh dari Shah Alam, dgn anak aku yg kurang sihat aku mesti memastikan kami selamat sampai di rumah untuk menunaikan tanggungjawab kami itu. Aku mula2 plan nak berhenti beli buah di Ipoh, namun aku batalkan hasrat tersebut dan aku gantikan dgn berhenti di hentian sebelah Gunung Tempurong. Di situ terdapat anak sungai yg mengalir mengingatkan aku kembali ketika aku jaga projek Gunung Tempurong ini dahulu. Sekejap aje aku disini sekadar melepaskan lelah aku, aku kemudian meneruskan berjalanan, maltamat jangka pendek kami Hentian Tapah, utk solat dan rehat. Sebelum sampai di Tapah, sekitar Sungkai kami dikejutkan dgn jem yang panjang. Pada perkiraan kami ni mesti Accident, tp ni kalau jem sampai KL alamatnya mlm la sampai rumah hahahhaha. Mmg accident, sebuah lori kontena terbakar, dua buah bomba sedang mengawal keadaan disitu, ketika aku lalu api sudah pun padam Cuma tinggal lagi barang2 dlm kontena sajalah yg perlu diuruskan. Kami sampai di Hentian Rehat Tapah jam 4.30 petang. Solat disini mmg selesa dgn rekebentuk surau yg baru ni mmg nyaman rasanya.
Cuma yg paling menarik perhatian aku adalah, sebelum masuk kedlm surau, terdapat kira2 dua org kanak2 lelaki dan perempuan sdg meminta derma bg tujuan kewangan rumah anak2 yatim. Aku pd mulanya agak simpati dgn mereka dan berhasrat utk membeli takwim sebagai balasan pemberian aku. Harganya RM 10. Sempat jugak aku bertanya naper mahal sgt hehehhe. Bila aku masuk dlm surau terdapat satu lagi kotak derma, namun yg ni tidak menarik perhatianku sehingga la aku baca risalahnya sebelum aku melangkah keluar dari surau ini. Dermanya juga untuk rumah anak yatim Cuma bezanya kali ini dia menawarkan tanah utk diwakafkan, nilainya sama RM 10. Entah mcmana aku lebih tertarik ini dgn menganggap merekaini adalah dari tempat yg sama. Aku kemudian keluar dari surau, kanak2 tadi dtg lagi, aku kemudian memberitahu yg aku dah bayar yg dlm jd tak payah la aku bayar kat dia lagi hehehhe. Tp lain plk riaksi dia selepas itu kerana dia terus meminta aku memberi mereka derma sehingga kalau bg RM 1 pun takpe. Pd aku apa dah jadi ni. Mereka terus mengikut aku sehingga la aku betul2 keluar dari kawasan surau tersebut barulah dia berundur. Sayu gak hati aku kerana terfikir kenapa sampai begitu sekali. Isteri aku kemudian meminta izin utk dia pergi ke tandas. Katika ni sempat jugak la aku duduk sambil berfikir. Kenapa sampai begitu terdesak budak tadi. Aku kemudian buka resit derma aku tadi, setelah diteliti,rupanya yg aku derma itu adalah utk rumah anak yatim di Perak sedangkan mereka dari Kedah. Mungkin sebab itulah mereka mengejar aku tadi. Cuma yg bermain difikiran aku kenapalah mereka masih perlu minta derma. Tak cukupkah lagi bantuan yg diberikan oleh kerajaan. Atau apa fungsi pusat kutipan zakat yg ada sekarang. Sepatutnya pihak2 seperti ini lah yg diberi bantuan. Atau duit zakat kita tak cukup?? Rasanya berjutaan kutipan tiap2 tahun berjaya dikutip. Buat apa duit tu.?? Masih tergiang2 suara budak itu merayu tadi, mungkin terdapat satu harapan di berikan kepada aku tadi tp aku telah hampakannya.
Setelah kembali bersama isteri aku, kami kemudian bergerak menuju rumah kami. Masih terpat seorang insan yg menunggu kami dirumah, yg perlukan belaian dan perhatian kami. Aku berdoa agar Allah senantiasa kekalkan kami bersama aminnn. Kami sampai dirumah kira2 jam 6.30 ptg.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home