Sunday, September 16, 2007

Al-Fatihah

Semlm jam 2 pagi, bergegas-gegas aku angkat telefon, "abe Ani call" bisik hatiku. "Hello" Jawab aku, "Hello Sa, ni tok ayah Pendek takdok doh" Jawab Abe Ani, "Hah, Innalillah..." terduduk jap aku " Ni tolong telefon ayah boleh, sbb dia tak tahu lagi tu, Abe Ani call td pun dia tok angkat la, ni pun...." kurang jelas aku lepas tu. hanya ok ok aje yg mampu aku jawab, seperti tak percaya benda ni berlaku keatas diri aku, Selepas beritahu kepada isteri aku, aku kemudian cuba call rumah kelantan, tak diangkat, Isteri aku suruh call mak aku, akhirnya mak angkat. Dia pun seperti tak percaya namun setelah mendapat confirmation daripada sms's telefon ayah. Baru la mereka percaya. Apa yg berlaku selepas itu aku tak pasti. Yang jelas diri aku ini terus terbelanggu.
Tok ayah Pendek ataupun sblm ni aku lebih gemar panggil dia Ayah Ngoh, Haji Daud bin Hj Ismail, kalau dikira pangkat dia adalah pak sedara ayah aku, kira tok sedara aku la, cuma keakraban ayah dengan anak2 Ayoh Ngoh ni menyebabkan mereka ni seolah2 seperti tok aku sendiri. Mungkin disebabkan ketika kecil ayah aku dijaga oleh Ayoh Ngoh ni maka hubungan itu menjadi mereka seperti anak dan ayah sendiri. Malah kadang kala aku rasa aku lebih baik dengan anak2 Ayah Ngoh ni lagi berbanding dgn sesetgh adik beradik ayah aku sendiri. Well mungkin adik adik ayah aku tu ramai, tak sempat nak baik semua, dgn aku ni pun separuh hidup aku diluar keluarga aku. Terkilan jugak aku sbb semasa adik aku kawin bulan 6 baru ni, oleh kerana keadaan kesihatannya dia tak boleh nak menghadiri majlis tersebut, dan aku plk tak sempat nak menjengah dia. Teringat lagi kata2 mak aku suruh aku gi tgk Ayoh Ngoh tu. Cuti merdeka baru ni ada 3 hari aku habiskan berada ni Kl ni plk. Agak menyesal gak aku sbb aku plan nak jumpa dia hujung tahun ni. Tp...
Isteri aku ada cadangkan supaya aku balik aja. Tp aku tak kata apa lagi. Cuma pagi tadi baru la aku made up my mind, "balik la hujung minggu ni Faisal, at least mu balik jugak, buleh duk lama jugak dgn mak ayah, mu pun bukannya balik raya ni." aku rasa ini adalah keputusan terbaik. Cuma bila aku call ayah pagi td bgtau aku nak balik hujung minggu ni, dia ada gak cadangkan suruh balik dgn adik aku Farid. kebetulan dia mmg berada di Kl atas urusan pejabat dia. Sekarang aku kena pilih tp hati aku masih berat balik hujung minggu.
Kepada keluarga arwah aku harap mereka dpt bersabar. Aku pohon seribu kemaafan kerana tak dpt menghadirkan diri aku semasa pengkebumian beliau hari ini. Aku pohon agar Allah rahmati dia, ampunkan dosanya, luaskan kuburnya, angkatkan seksa kuburnya, jauhkan dari Api neraka dan masukkan dia ke dalam Syurga. Al FATIHAH.

1 Comments:

At 3:37 AM, Blogger zen non said...

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga rahmat Allah mencucuri hayat beliau di alam kubur dan akhirat.

 

Post a Comment

<< Home