Sunday, September 09, 2007

Selamat Ulang Tahun Amirul Ikhwan

Sabtu lps genap la umur anak aku setahun. Ni ikut kalender Masihi la, kalau ikut kalender Hijrah anak aku 2 minggu lps dah setahun. Sempena menyambut ulang tahun dia kami buat sedikit kenduri kesyukuran serta tahlil. Ramai gak yg hadir, dlm 70 org la jugak termasuk org2 surau dlm 5 org. Apapun kami jangkakan 100 org, jd byk la jugak lauk pauk yg tak abis, kami bahagi2 kan kpd tetamu yg hadir. Musim penyakit masih belum reda lagi. Adik ipar aku yg balik utk kenduri pun tak terlepas dari terkena jangkitan tersebut. Baby aku masih lagi cirit birit, lps demam dan batuk itu la penyakit dia sekarang. Kurus dia tak mcm baru lahir. Kesian pun ada tgk. Ari ni sepatutnya pegi Jumpa doktor utk menerima suntikan terakhir dia. Risau aku kerana penyakit dia sekarang aku InsyaAllah nak mintak doktor tangguhkan suntikan dia tu kepada satu tarikh baru. Biar dia sihat sikit.
Kamis ni InsyaAllah kami umat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah puasa. Seperti biasa, bulan puasa ni di Malaysia bukan ibadah2 yg patut dipenuhi oleh umat islam disini, tp aktikiti2 lain yg tak sepatutnya terutama makan. Tgk la pasar ramadhan ke surau yg byk dipenuhi. Surau pun 10 mlm pertama aje la yg akan penuh, lps tu sedikit demi sedikit berkurangan. Bg kaum muslimah, dekat2 raya dia duk sibuk dgn kueh plk, mungkin baju2 raya dah byk tempah awal2. Sbb tu aku lbh suka tekankan soal bagaimana kita menghayati apa sebenarnya hikmah dan pengajaran disebalik syariat Puasa dan Hari Raya yg di minta oleh Allah supaya kita menjayakannya. Masih byk umat Islam puasa tp tak sembahyang. Baju baru dibeli supaya bergaya, tp berapa byk kita bersyukur dgn nikmat yg Allah bg pd kita. Yang nampak byk dari kita membazir dgn berbelanja berlebihan, adakah ini yg Allah suruh????
Aku berdoa agar Allah terus menunjukkan kpd aku jln yg lurus, jln yg Dia redhai. Aku berdoa agar terus dirahmati olehNya sepanjang bulan Ramadhan ini, aminnnnn

0 Comments:

Post a Comment

<< Home