Thursday, January 17, 2008

Bukit Chenuang – Ulu Langat Selangor


Bukit Chenuang – Ulu Langat Selangor

13 Jan 2008 aku menerima jemputan dari wak jan untuk mendaki bukit chenuang. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti memanas badan rakan kelab Org Gunung Kuala Lumpur tp bukannya aktiviti rasmi kelab. Aku yg terjebak dlm aktiviti ini selps cuba mencari rakan utk mendaki bukit kutu bersama Karat Advanture, namun setelah menimbang perkara ini sedalamnya aku kemudian membuat keputusan untuk mendaki Bukit Chenuang.

7.45 pagi.

Dgn bantuan isteri aku, aku ke rumah Yeop sblm kami bertolak munuju ke Ulu Langat. Destinasi kami Pekan Batu 18. Disini kami berkumpul sblm sama2 bertolak ke Sungai Congkak. Aku sampai di Pekan Bt 18 kiranya 8.45 pagi. Menanti kami disana Wak Jan, Nina, Syuk, Muzamil, Hafez Baby, Fairus Acong, Jus dan Ina. Sementara menanti rakan2 yg lain aku dan Yeop menjamu selera dgn roti canai. Aku mengambil keputusan untuk mebeli nasi lemak utk dimakan dipuncak nanti. Rakan2 yg lain kemudian satu persatu datang, Nana, Amy, Man, Yaser Ai Ai Chip dan Eton. Kira2 sejam didalam kedai tersebut kami bergerak menuju ke Sungai Congkak. Disini adalah lokasi pintu masuk untuk ke Bukit Chenuang. Topik utama sepanjang perjalanan ke Sg Congkak adalah bayaran. Nana yg semmgnya penduduk tempatan disini memberitahu kami cas2 yg dikenakan termasuklah bayaran parking RM 2 dan nak masuk dlm Sg Congkak RM 1 seorang. Maknanya kalau kereta ada empat org campur parking RM 2, mau RM 6 habis kat situ aje. Motosikal turut tak terlps dari bayaran iaitu RM 1.

10.00 pagi

Kami sampai di Sg Congkak. Selps mencari parking dan menyalin baju. Kami kemudian menuju ke Pintu Masuk Sg Congkak. Ternyata apa yg diceritakan adalah benar, dan utk pengetahuan semua Sg Congkak sekarang, berada dibawah pengurusan swasta iaitu Tourism Selangor Sdn. Bhd. Walaupun caj2 yg dikenakan kadang kala kurang menyenangkan namun bila aku masuk kedlm Hutan Lipur Sg Congkak tersebut, aku agak puas hati dgn tahap kebersihan kawasan tersebut termasuklah tandas, dan kemudahan lain seperti tempat salin baju, gerai dan sebagainya. Pd peringkat awal kami menghadapi masalah komunikasi dgn kumpulan pertama namun kami kemudian berjaya berkumpul semula di zone 3. Kami kemudian bergerak menuju Ke Zone 7, pintu masuk yg kami sepatutnya mula mendaki. Aku bersama kumpulan pertama bergerak dahulu meninggalkan kumpulan belakang yg bergerak agak lambat kerana lebih tertarik untuk melakukan sesi fotografi. Kami kemudian dikejutan oleh panggilan telefon dari rakan kami dari kumpulan belakang yg mereka telah ditahan dari mendaki oleh org yg mendakwa dirinya dari Tourism Selangor Sdn. Bhd. Dia mahukan surat kebenaran dari syarikat dia yg menyatakan bersetuju membenarkan kami mendaki Bukit Chenuang. Setahu kami Bukit Chenuang bukannya hak milik Tourism Selangor dan tak perlu mendapat kebenaran pihak mereka utk mendaki melainkan Jabatan Hutan (sekiranya perlu). Setelah merayu untuk membuat surat pada masa tu jugak pun, dia berkeras tidak membenarkan kami naik sehinggalah kami mendapat surat kebenaran dari officenya yg terletak di Shah Alam (dah la jauh hari Ahad lak tu ada ke logic). Siap dia bgtau kalau kami perlukan jurupandu untuk membantu kami naik caj yg dikenakan adalah RM15 sekepala.



Kecewa dgn perkara ini, kami kemudian berbincang untuk mencari destinasi lain utk menhabiskan cuti hari ahad kami. Destinasi lain termasuklah Air Terjun Lepor dan Gunung Nuang. Nanum Gunung Nuang terpaksa ditolak kerana haripun sudah tghari pd masa tu. Jadi Air Terjun Leporlah destinasi yg sesuai utk kami sehinggalah Hafez Baby dan Yaser Ai Ai Chip memberi idea yg ada jln lain yg boleh ke Bukit Chenuang selain Zone 7 itu. Walaupun masing2 tak berapa confident utk lalu trek tersebut, namun niat kami hari tu utk jungle trekking sahaja, ada rezeki kami jumpa la Chenuang. Fairus bagaimanapun tidak mahu turut serta. Berdasarkan Log yg diambil dlm computer serta pengalaman, kami menyusuri trek yg berada ditepi sungai. Trek ini tercabang2 namun kami cuba mencari trek yg paling hampir dgn sungai. Dipermulaan perjalanan sungai selalu berada dikanan kami. Trek yg mulanya sedikit mendaki kemudian rata. Trek agak jelas dan kadang2 kami nampak bekas tayar motor disepanjang laluan yg pd sangkaan kami trek ini digunakan oleh org kampung utk melawat dusun mereka. Sepanjang laluan pacat yg cerita la. Banyak sehingga tak cukup tangan kami nak menanggalkannya. Nana yg agak fobia dgn pacat sering terjerit meminta tolong cabutkan pacat. Mulanya Man yg tolong kemudian bertukar tangan kepada Yeop plk. Kira2 setgh jam berjalan kami terjumpa Tag Sarkit Kembara Negara – Cabaran Gunung Chenuang menambahkan keyakinan kami bahawa trek ini sememangnya menuju ke Bukit Chenuang.

12.00 tghari

Kami sampai disungai pertama. Berehat seketika sambil menunggu org belakang yg sibuk dgn kamera masing2. Agak risau kami kalau mereka tersesat kerana trek2 disini mmg byk cabangnya. Kami yg sampai kebykan sibuk membuang pacat. Aku sendiri tah berapa byk buang. Kami kemudian perlahan bergerak sehingga sampai disungai kedua. Yaser kemudian cuba back trek utk meninjau org belakang. Beberapa minit kemudian yaser datang dan kami bergerak semula. Beberapa minit selps kami bergerak, hujan turun dgn lebatnya sehingga menghalang penglihatan aku. Oleh kerana trek yg tak beberapa jelas, aku cuba rapatkan diri aku dgn org yg berada didepan aku iaitu Hafez Baby kalau dia dah agak jauh aku perlahankan langkah aku sehingga Nina yg berada di belakang dekat dgn aku. Hujan berhenti sejam kemudian. Aku, Hafez dan Nina sampai di satu simpang yg ada Botol kira2 jam 1.15 minit. Dari simpang ini kekanan jln selps ini sudah mula mendaki. Menurut log yg kami ada, dari simpang ini kira2 30 minit sampai la ke puncak, Kami agak gembira sbb tahu kami akan sampai sblm pukul 2. Perjalanan kali ini aga mencabar berbanding sblm ini. Dgn keadaan muka bumi yg makin mencanak serta rintangan buluh sepanjang trek menyebabkan kami tiada pilihan selain daripada melalui bawahnya ataupun melangkah buluh tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk apabila trek yg agak licin akibat hujan tadi menyebabkan langkah aku kadang kala tergelicir. Jam sudah menunjukkan hampir jam 2. Ternyata anggapan aku utk sampai ke puncak sblm jam dua sudah tersasar. Man yg berada dihaapan aku memberitahu puncak jauh lagi. Adessss. Perlahanan aku melangkah sehingga aku menemui pd aku peringkat paling sukar utk mendaki. Hampir tiada tempat utk berpegang dan treknya licin dan menegak, Tak tahu la gaya apa aku panjat yg penting masa tu aku fakir camna la nak turun nanti ni. Namun sepanjang trek tersebut terdpat beli yg dipancang serta nampak bekas tali terikat pdnya. Pd fikiran aku, ketika Sarkit Kembara Negara, tali dipasang pd besi2 ini bagi memudahkan para peserta mendaki. Selepas trek tersebut kira2 5 minit aku sampai ke puncak pd jam hampir 2.30 ptg. Nina Yaser dan Man sudah sampai di puncak. Menyusuli aku kira2 10 minit kemudian adalah, Nana, Syuk Muzamil Yeop. Nana sampai dipuncak declare dia sudah tiddak takut pacat lagi hahahhaha. Kami menikmati makanan tghari kami serta kudapan yg dibawa bg mengisi perut kami yg kosong. Pemandangan hari ni agak menarik, disebelah kanan kami nampak Ulu Klang, Bukit Tabur sementara sebelah kiri Gunung Nuang yg agak berkabus. Kumpulan terakhir yg terdiri dari Eton, Amy dan Wak Jan sampai jam 3.15 ptg.

Walaupun ada asalnya kami bercadang utk turun jam 3, namun terpaksa ditunda sehingga semua sampai. Selepas bergambar kami terus turun. Kami jangkakan 6.30 kami sudah smpai di bawah. Sg Congkak ditutup jam 8.00 mlm, kami mmg kena sampai sblm waktu tersebut. Nina bererak didepan diikuti yaser sementara aku dlm kumpulan kedua bersama eton, nana yeop, muzamil, amy dan man. Seperti dijangka trek menurun ni byk gelunsur la daripada berjalan. Kesian la group belakang. Pandai2 la nak turun nanti. Walaupun agak perlahan perjalanan turun lebih laju dari naik Kami sampai di simpang botol kira2 jam 4.30 ptg. Kemudian perjalanan diteruskan ke sungai yg kedua. Kami sampai disini kira2 jam 5.20 ptg. Yaser dan Nina menunggu kami disini. Berehat 10 minit kami terus bergerak turun. Kali ini aku berada di kumpulan pertama bersama Yaser dan Muzamil. Kami sampai di kawasan kami mula mendaki tadi kira2 jam 6.00 ptg. Aku Yaser dan Muzamil kemudian mandi di sg berhampiran sambil membuang pacat. Aku sendiri kira2 3 liang yg berdarah dan beberapa liang lagi tak berdarah termasuklah dileher. Pacat2 yg dibuang tak terkira byknya. Aku sendiri rasanya ada la dlm 20 ekor yg melekat kat badan aku (atau mungkin lebih tak larat aku nak kira.). Wak Jan, Syuk dan Hafez sebagai kumpulan terakhir tiba dibawah kira2 jam 6.30 ptg. Kami kemudian mandi disungai seblum mandi lagi seklai ditandas yg disediakan. Kami bertolak pulang kira2 jam 7.30 mlm dan makan mlm direstoren di Bt 18 sblm pulang kerumah. Sampai di shah alam Jam 10.00 mlm.

Pada aku bukit chenuang bukan lah satu bukit yg mudah untuk didaki. Mungkin jika hari tidak hujan beberapa masalah yg kami lalui hari ini mungkin tidak akan dihadapi. Walaubagaimanapun kami telah sepakat utk memberi gelaran B7 kepada bukit ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home