Thursday, January 31, 2008

TERIMA KASIH

Minggu ini adalah minggu aku patut berterima kasih kepada byk pihak. Kepada Allah kerana memberi aku kesempatan ini. Buat isteri aku kerana memberi aku kebenaran, pelepasan AP whatever you name it. Deeno selaku presiden OGKL. Thank you sooooooo much. Aku pun tak tahu macamana nak balas budi kalian.

Korang mesti tertanya2 kan kenapa aku luahkan ucapan penghargaan aku kepada mereka. Mereka adalah orang yg telah memberi aku kebenaran untuk aku mengikuti XPDC mendaki Gunung Semeru, Walireng dan Arjuno di Surajaya Indonesia. XPDC yg dijadualkan pd bulan Mei tahun ini dijangka mengambil masa selama 8 hari dan selama itu jugalah aku bakal meninggalkan anak dan isteri tercinta aku. Walaupun semuanya sudah tersedia, tiket sudah dibeli bermakna sebelah kaki aku sudah aku jejak bumi Indonesia itu.

Cuma yg aku risaukan adalah prestasi aku disana semasa aku mendaki. Aku betul2 berharap aku tak menyusahkan org lain. Pengalaman aku mendaki Gunung Kinabalu sedikit sebyk memberi aku keyakinan aku mesti boleh mendaki gunung ini juga. Dari segi ketinggian mmglah gunung kinabalu lebih tinggi bagaimanapun gunung berapi mestilah suasananya berbeza berbanding gunung bukan berapi.

Kelab OGKL telah menyediakan beberapa aktiviti sampingan sebelum kami mendaki gunung Semeru iaitu mendaki Chamah Ulu Sepat, Gunung Sweetenham dan Gunung Lebah disamping latihan kecergasan yg kami adakan setiap minggu. Diharap dgn melakukan kesemua latihan2 ini. InsyaAllah kami kurang mempunyai masalah nanti

Aku berdoa agar Allah Taala akan memudahkan perjalanan aku pergi dan balik nanti. Amin

0 Comments:

Post a Comment

<< Home