Monday, June 27, 2005

Dah Demam

Ungkapan pada peminat akademi fantasia, thn ni sebenarnya bermula agak hambar, tak tahu kenapa, Kalau dilihat dari segi kualiti suara budak2x tu thn ni, Walaubagaimanapun semasa Konsert pertama diadakan hanya terdpt segelintir sahaja yg benar2x menambat hati aku, Yang lain tu hanya penumpang dan bergantung kepada aset kecantikan atau kehenseman yg dimiliki oleh mereka. Namun apalah af tanpa kejutan, penyerapan pelajar baru iaitu Marsha dan Mawi kedlm akademi sebenarnya membangkitkan sedikit kehangatan AF thn ini, Namun tanpa diduga (atau mungkin pihak astro sudah tahu) kemasukan mereka, terutamanya Mawi memberi satu gelombang baru kepada AF, tak pernah terjadi dlm AF sebelum ini, jurang perbezaan peratusan undian diantara pelajar2x begitu jauh ditinggalkan, cuma yg nampak memberi sedikit saingan adalah felix yg secara kebetulan kedua2x mereka berkawan baik di akademi,
Perkembangan tidak sihat ini sebenarnya boleh merosakkan objektif program seperti ini, apapun yg terjadi keuntungan tetap berpihak kepada astro dan tanggungjawab kita sebagai pengguna adalah bg memastikan astro terus menjadi wadah untuk majoriti rakyat malaysia berhibur, tidak dilupa bagi pihak astro, selepas mendapat keuntungan pada episod lalu, apa salahnya manabur sedikit bakti sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat dgn membantu insan2x yg malang tak kira la miskin ataupun kurang bernasib baik, dan berilah sedikit kelebihan pula directly kpd peminat AF sekelian, sebenarnya bagus la pada minggu depan (2/July/2005) AF akan mengadakan konsert percuma kepada peminat AF di dataran putrajaya, bgmanapun adalah lebih bagus sekiranya memberikan kelebihan tersebut secara menyeluruh seperti menurunkan charge mengundi pelajar2x pd minggu2x tertentu cthnya minggu akhir ke? barulah semua peminat merasa kelebihan tersebut. oklah demam pun nampaknya baru bermula ni, mcm2x pendapat secara peribadi boleh dibaca pd ruangan forum, jadi bolehlah kalau nak tahu lebih lanjut melayari web site2x akademi fantasia, Aku seperti selalu berada di laman akademi fantasia.net,
Sampai sini dulu ok bye

Sunday, June 12, 2005

Semuanya Selamat

Tanggal 23 Mei 2005 jam 11 mlm, aku selamat tiba di Kuala Lumpur setelah selama 4 hari berada di Sabah dlm misi kami untuk menawan Gunung Kinabalu. Segala pelaburan kami nampaknya berbaloi kerana hampir kesemua dari kami yg menyertai xpdc ini berjaya menawan puncak yg tertinggi diasia tenggara itu. Byk kenangan manis pahit yg di lalaui bersama (dan sorang2x), sijil pun baru jumaat lepas dapat aparaaa lama nya, apapun cantik siap laminate lagi hehehe, tahniah kepada kengkawan yg menjayakan program ini dgn baik (sikit2x tu kira halal la standard la ramai2x kan), so next program kat mana lak, uii tak sabar nak pergi, aku blum lagi menyiapkan tulisan aku mengenai pengalamaan aku disana, dan gambar2x tu ada la satu dua aku upload kat email box, lain2x tu tunggu la, sekarang sibuk tak mng tangan la, lagipun akademi fantasia dah mula ni, jadi minat aku tertumpu kat af la sekarang, adoiii la maap la semua, aku ni mana mampu nak tumpukan pd semua sekali gus kan tak jadi apapun pun nanti, oklah, nak jumpa aku join www.akademifantaisia.net nama aku dlm tu LaurelRB26 ok sehingga jumpa lagi bye