Monday, December 25, 2006

Good Bye 2006

pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru, anak aku pun dah 3 bulan, dah boleh menirap dah. Sejak ada anak ni, rasanya lebih gembira hidup, cuma kadang2 rasa tersekat jaga la aktiviti mendaki aku, yea la takkan nak tinggal isteri dgn baby aje, dia pun bukannya biasa dgn baby, maklum la anak sulung hehehehe. Apapun tahun depan aktiviti mendaki aku diteruskan, semoga Allah sempurnakan semuanya dgn keadaan yg baik. Anak makin besar merisaukan aku la, sejak dia pandai menirap ni, aku risau kut2 dia jumpa apa benda kutip dan makan, lagipun berita2 mengenai bayi yg jatuh menyebabkan aku bertambah risau, apapun kepada Allah jua aku berserah, aku nak sangat tengok anak aku membesar, belajar dan akhir sekali mengikut jejak aku mendirikan rumah tangga. (aku rasa ni impian semua org, Allah kurniakan sifat kasih kepada keturunan kepada manusia agak manusia terus berkembang biak.)
Tahun ni menyaksikan penghijrahan adik2 aku ke KL, mengikut jejak aku. Adik aku no 4 dah 2 tahun masuk UM, dan baru2 ni aku aku no 3 duduk di UPM jadi tutor. 3 org adik beradik disini, tunggu yg last aje la masuk KL InsysAllah, No 2 tu dah mmg duduk di Kelantan dah hahahaha.
Opis aku pun dah byk berubah, ni adalah pertama kali aku hantar blog aku ni dgn menggunakan komputer baru yeahhhh, nampak la hebat sikit, Alhamdulillah, at least takde la malu sgt dgn kawan2 heheheheh. oklah aku pun tak tahu nak letak gambo apa kali ni, sekarang ni aku obses mendaki bukit2 sekitar lembah klang. Bukit gasing dah 2 kali, bukit saga coming up next. ni kira lepas gian la tak dpt panjat gunung heheheheh ok utk kali ni, see you 2007