Thursday, December 31, 2009

Kehilangan

Hujung minggu lepas aku telah kehilangan sepasang lagi selipar aku, kali ini crocs off road aku pula hilang. Walaupun aku belinya tak mahal (bawah seratus kira murah la) tp aku sayang sbb aku baru aje beli, Puasa lps aku beli kira2 baru 3 bulan. Masuk kali ini dah 3 pasang kasut/selipar aku hilang dirumah ini dan satu pasang dirumah aku di Kelantan masa mula2 puasa. Beli ini pun ganti yg hilang tu la. Aku dah jd feedup dah. Dlm duk geledah cari selipar nak pakai aku terjumpa selipar timberland aku. Lama dah tak pakai sejak aku rasa tak convenient pakai selipar jenis sandle ini, disamping harganya yg mahal menyebabkan aku sayang sikit nak pakai selalu. Disbbkan hal ini aku rasa mcm nak buat laporan polis aje. Bosannn.
Namum minggu kehilangan aku tak berakhir disitu aje. Rabu lps aku pergi check up wife aku. Normal check up monthly nak check kandungan dia. Hampir tak percaya aku, doctor tersebut tak dpt kesan kandungan isteri aku. Kantungnya ada, tp isinya tak ada@10weeks. Kami masih terkejut lagi dgn hasil yg kami dapati ini. Namun aku redha dgn ketentuan ilahi sambil aku periksa balik dosa2 yg pernah aku lakukan. Mungkin ini sebahagian dari kifarah dosa2 yg telah aku lakukan.
Minggu ni ada appointment dgn doc sekali lagi. Byk org minta buat 2nd opinion, tp wife aku dah penat dah diberi harapan palsu, jd dia pun mcm pasrah, want to forget and start a new life. Pengakhiran tahun dan awal tahun yg agak buruk bg kami. Sama buruk ketika amirul masuk hospital 2 tahun lalu akibat pneumonia. Kali ni Mak dia pula. Harap2 ada yg lebih baik tahun hadapan.
Kadang²Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah mau hadiahkan kita pelangi.." "

Monday, December 14, 2009

Derita 5 hari

Alhamdulillah, selamat juga aku balik dan kembali semula ke Shah Alam. Balik kampung aku kat Kota Bharu Kelantan, (kira balik Bandar la ni) sempena Hari Raya AidilAdha baru baru ni, kira dah lama betul tak balik dengan kereta. Balik ikut Grik - Jeli dan kembali ke Shah Alam ikut Gua Musang. Mula2 ingat nak balik pun ikut Gua Musang. Tp pikir banjir kat kuala krai tu aku akhirnya putuskan utk balik ikut Grik - Jeli.

Bangun pagi Rabu, siap2 utk bertolak, hujan plk pagi ni Shah Alam, Risau takut sepanjang jln hujan. Alhamdulillah, tak hujan dah lps tu. Begitu juga seterusnya sepanjang jalan sampai Kelantan. Panas plk sampai Kelantan ( dr Tanah Merah sampai Kota Bharu. Penat tp syukur la selamat sampai Kota Bharu. Azam aku kali ni balik Kampung aku nak kurangkan makan (maklum la raya) dan exercise sket. Fokus utk Solomon X trail run 6 Dec 2009 ni. 1st day ok la kat Kelantan. Mak dan wife aku lak ajak aku puasa esok. Sempena hari arafah dan nazar kami sbb dia disahkan mengandung anak kedua kami. Aku ok aje la, pose bagus utk kurangkan makan.

Bangun tidur hari kedua tekak aku perit betul. Rasa nak demam pun ada. Tp digagahkan juga la pose sbb dah janji. Perit rasa nak telan air liur pun sakit, lps sahur ayah aku suruh makan panadol. Aku ingat sakit sementara aje jd aku biar aje la. Makan panadol pun sebiji aje (mmg perangai aku camni). Menjelang tghari sakit tekak aku tak surut2, tambah teruk tubuh aku dah mula demam2 dah. Aduhhhh, teruk betul rasa. Wife aku duk perli, demam pembawaan budak tu, hahahhahahaha, teruk aku kena. Mlm tu lps maghrib, aku dan wife aku pergi klinik. Mlm raya so paham2 la sapa nak buka klinik, ada la satu buka, dulu klinik tu popular gak, ramai juga ada dlm tu. Mula2 ingat doctor pemilik klinik tu la, alih2 masuk dlm tu, doctor india (eh rasa tuan punya klinik ni mcm nama melayu) muda plk tu. So aku bgtau la masalah aku, dia check lebih kurang. Ooooo ok ni, takde masalah, 3,4 hari sembuh la, Lega aku dgr. Tp yg problemnya dia bg aku panadol dan listerin aje eh satu lagi ubat selsema. Hah betul ke ni, antibiotic tak payah ke doctor, takpun bg la ubat isap2 ke biasa camtu la aku ingat. Tak payah doctor kata. Eh pandai aku ke pandai doctor ni, so aku pun mengikut aje la.

3 hari, bengkak dlm tekak aku tak surut2 jugak, rasa mcm bertambah parah ada la, demam aku aje mcm dah kebah sikit, boleh la aku tolong2 sembelih lembu. Tahun ni tahun tengok aje, ramai dtg tolong, Cuma last2 dah penat kut aku tolong la sket2, pagang kaki, potong tulang, boleh la hehehehe. Tp lps solat jumaat ada kenduri makan, dah tak boleh nak makan plk. Adoiiiii, sakit sakit. Esoknya sabtu sama jugak. Mak aku masak apapun aku tak makan, tgk aje. Dia ada bg cadangan kumur air garam. Bini aku lak mcm2 tanya, tak tahu ke aku sakit tekak, bukan saja nak ckp, nak telan air liur pun sakit. Biasa la balik kampong sekali sekala takkan duk rumah aje, tp kali ni mmg monyok aje aku, mcm org bodoh, tak larat nak gi mana2. adoiiii. Ahad, ayah aku bg cadangan pergi cari 2nd opinion kat klinik lain plk. So ahad tu lps tghari (pagi ramai plk dtg rumah pagi tu) so aku gi la klinik tu. 1 day bukak klinik, nampak mcm ramai, lps daftar trus aku dipanggil. Bgtau dah lama sakit tekak, gi klinik pertama dia bg panadol aje, So dia check lebih kurang check dada aku sekali takt ahu utk apa la. Tp jawapan dia sama la, Don’t worry, 2,3 hari sembuh la, (mcm kenal aje ayat ni). Tp bagusnya dia bg antibiotic, ubat tahan bengkak dan ubat isap. Panadol sbb aku dah ada dia tak bg la. Masuk kete aku trus makan ubat isap tu. Mlm tu mak aku buat sup kaki, kira boleh la makan tp sakit tu masih ada lagi. Aku pk esok dah la nak bawak kete jauh ni, sakit tekak pula, mlm aku tidur awal esok nak bangun balik shah alam.

Bangun esok aku rasa lega sikit tekak aku, sakit mmg sakit lagi, tgk dicermin bengkak nya masih blum surut. Yang penting dah tak sakit. Lega gak rasanya. Kira2 jam 6.30 pagi kami bertolak ke Shah Alam. Dr Kb ke Kuala Krai hujan sekejap2 sesetgh tempat. Aku tak risau psl banjir sbb 1st day hujan baru. Cuma takut jalan licin la. Aku bawa kereta pun tak sampai 100km/j, 90km/j aje. Tp cuaca lebih baik selepas Kuala Krai. Dari KB ke Kuala Krai lebih kurang sejam lebih aje. Sampai dlm jam 7.30 di Kuala Krai. Dlm fikiran aku tak jauh Kuala Krai ni, Kalau ikut Klang – KL tu dlm sejam gak. So aku rasa mmg boleh bangunkan Kelantan ni dr KB – Kuala Krai. Kalau di ambil contoh KL la. May be KB sampai Ketereh mcm KL PJ la, Machang boleh ambil Shah Alam sebagai model. Bandar perumahan dan pengajian shj, Yea la UiTM dan Politeknik dah ada disana. Limpahanya boleh sampai ke Kuala Krai hehehehe. Entah bila la jd kenyataan.

Kami berhenti kejap di RnR Gua Musang. Makan nasi goreng mak bekalkan. 1st time dpt nikmat makan, adoiiiii. Baru satu nikmat Allah tarik. Dah gelabah. Manusia ni mmg sombong. Banyak nikmat Allah bagi tp kurang bersyukur pdNya. Sedangkan hidup semua Allah bg. Tak satu pun nikmat yg kira buat sendiri. Allahuakhbar. Itu la satu2nya hentian kami sepanjang perjalanan. Amir plk tidur sampai KL baru bangun. Sampai Shah Alam pukul 1.30 ptg. Syukur Alhamdulillah.