Thursday, September 29, 2005

Dinner OGKL & Futsal

Hari semalam dalam sejarah, kali ini aku kena akui bahawa wanita sememangnya lebih kuat dari lelaki, senjata paling utamanya mampu merebahkan sebarang jenis lelaki yang ada diatas muka bumi ini walau sekuat mana dia pun, walau sehebat mana dia pun, pasti dia akan rebah pd pangkuan wanita.

Kata-kata dia masih tergiang2x ditelinga aku ini, dan pasti akan aku ingati sampai bila-bila.

17 Sept 2005
Hari ini adalah hari akan diadakan dinner kelab OGKL, dinner akan diadakan di de Palma Hotel Shah Alam merupakan dinner pertama aku bersama ahli-ahli kelab ini, walaupun sudah ramai ahli kelab aku kenali ternyata masih ramai lagi yg tidak aku kenali semasa bersama mereka, Pak Presiden, Denno dan isterinya Puan Saf serta anaknya Kaseh, aku rasa pertama kali aku jumpa, lain2x aku kurang kenali nama dan rupa pun mmg byk 1st taim la, baik pak presiden nya, MC kelakar, adoii apa ke nama dia, tp muka regular jugak kat restoren teratai, Mlm tu lak aku mcm culture shock sb ramai muka tak kenal, jadi malu2x la jugak, lagipun aku mcm takde mood lps apa yg berlaku ptg tu. Apapun acara yg cukup meriah juga, Jumat dan buah hatinya mendapat best dress cum best couple I think, dan ramai jugak yg dpt hadiah, aku rasa abg din (suaminya kak siti plg byk dpt hadiah,) lain2x ada la dpt juga cabutan bertuah, aku dpt satu, apip suami isteri, bulat suami isteri, denno dpt ke tak lupa aku weh, sherry pong buleh jumat dan buah ati pong sama kakakaka, kepada sapa yg tak dapat tu bersabar aje la, aku ponk dah byk kali dinner ni la 1 taim dpt cabutan bertuah kakakak, tuah tunang aku katanya emmm boleh jadi boleh jadi. Mlm tu aku blah awal sket sbb esok aku nak bangun awal, masa aku tinggal tu masih ramai yg bergambar, tak sempat nak bersalam dgn Jus, sebuk dia bergambor adoiii mcm tak penah nampak camera, cam bintang felem ponk ada aku tgk, aku sampai ruamh kawan aku mlm tu dlm 11.30, call tunang sat emmmm ternyata kelam yg kusangka akan berlalu telah bertukar menjadi mendung, aku tidor jam 12.30 mlm, penat la rasa, esok futsal plk, mlm tu aku tidor dgn nyamuk, beberapa kali aku terjaga cehhh baik tidor dlm utan kalau cam gini.

18 Sept 2005
Pagi tu mmg awal bgn, 6.30 dah jaga, tp peram punya peram 6.50 baru la bgn smayang subuh. Hari ni kena awal sket sbb jam 9.00 pagi kena ke Sunway utk bermain futsal. Sebelum pegi aku singgah sat rumah tunang, ambik camera sambil sarapan pagi, semlm lupa ambil camera, ada hikmahnya jugak lupa tu, lebih kurang jam 9.15 aku bertolak ke Sunway. Lewat sikit la, rasanya blum start lagi, sampai disana mak aiii aramai tee kata orang sabah kakaka ramai sgt2x kena double parking lagi, sampai2x ambik cari duan utk ambil jersi, aku sampai sekali dgn Jai, rasanya semua dah sampai kat situ, game blum start lagi tp nampak dah ada org mcm warm-up, aku mcm dah cuak dah nak main, aku ni pandainya tidak, terpaksa aje, tp aku gagahkan jugak la main, 1st game start jam 10 pagi kami lwn dgn UEM Builder, lupa lak nak cite kami hantar 3 team 2 team lelaki, satu team wanita, aku team B (Opus B), 1st game kalah teruk, 2nd game seri dgn CIMA dan game last sekali mng dgn UEM Enviro, terubat sikit la kedukaan kami, namun team kami masih tak dpt keperingkat seterusnya disebabkan perbezan jaringan (1st game bolos byk sgt). OPUS A pun sama, kalah seri seri, so kami dua2x team masuk loser pool, lps makan tghari kami masuk untuk berjumpa dgn semua pasukan2x yg kalah sahaja hehehehe, dipendekkan cite 1st game dah kalah dah, plg sadis kami kalah bila dah leading 4-1, kemudian seri dan kalah dlm penalty, 4-3, emmm takde rezeki la, team satu lagi 1st game mng 2nd game kalah penalty jugak, so kami sama2x la masuk angin keluar asap emmmm,
Aku kemudian balik rumah jam 4.00 ptg, sblm balik singgah rumah tunang sat, ada urusan sikit, walaupun aku tahu dia tgh marah tp dia masih jumpa aku, setelah selesai aku balik ke KL, masih lagi terfikir tentang apa yg telah berlaku

Friday, September 09, 2005

hai kawan2x ku semua, sudah lama blog ni terbiar, namun beberapa komen dah aku baca, cuma dari redd tu aku tak paham la, komen ke iklan redd, setelah pulang dari gunung nuang ada beberapa event yg dah aku sertai, sempena merdeka ini, dan satu lagi rat race yg sepatutnya diadakan lebih awal (lupa tarikh dia) tp terpaksa ditunda kepada 6/9 baru2x ini akibat jerebu yg melanda lembah klang dan beberapa negeri di malaysia.
pertama aku nak laporkan pasal nuang aku dulu, semasa org lain berseronok meraikan kejayaan mawi, aku dan lebih kurang 50 yg lain sibuk duk mengutip sampah di Gunung Nuang - Ulu Langat Selangor, sebanyak 2 tan sampah berjaya dikutip, tu pun ada lagi, adoiii dah tak larat nak kutip, kebykan sampah dikutip di Kem Lolo, iaitu kem yg plg byk org bercamping, disini aku ingin melahirkan rasa dukacita aku diatas sikp rakyat malaysia khasnya para pendaki sekelian, tolong la tolong la bawa keluar sampah yg dibawa oleh kita dari gunung2x yg kita lawati, kalau bukan kita sapa lagi, kalau bukan kita yg jaga gunung kita sapa lagi, kalau bukan hutan kita hutan sapa lagi, jgn la kita hanya mengharapkan renger2x hutan tu plk nak kutip utk kita,
adooiss gunung nuang, aku dgr lps kami buat ada lagi yg dtg susuli kami mengutip sampah2x di sini, Alhamdulillah, byk2xkan la berbuat mcm ni.
kedua pd mlm merdeka aku ada mengikuti aktiviti abseling oleh beberapa kelab di lembah klang, ini adalah sempena sambutan mlm kemerdekaan, dia turun dari ketinggian agak2x dlm belas2x tingkat la, (aku rasa) sambil kibarkan jalur gemilang hahahah, apa lagi nak buat, kan kibar bendera komunis kena tembak nanti, aktiviti diadakan di batu cave, tempat penggambaran Dlm Hati ada Cinta (drama astro ria kemudian ditayangkan di tv3 kepada sapa2x tgk tahu la), seronok gak gi sana, aku tak turun la, gayat beb, tp aku trekking la, saja nak ambik feel kakakakakaak.
Kemudian keesokan harinya aku ke Zoo negara, kali ini bersama anak2x yatim pula, xtvt ini diadakan oleh opis aku (opus international dulu dikenali sebagai kinta kellas) ia adalah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat, disamping itu, bolehlah kami semua penginsafi nasib bahawa mmg ada org yg lebih malang nasib mereka daripada kami semua ni, sesungguhnya Allah itu Maha adil dan Penyayang kpd setiap hambanya, cuma kita hanya perlu taat, patut dan bersyukur atas setiap nikmat kurniaan Nya. adik di bawah jagaan ku ari tu adalah Waliyuddin, dia ni aku rasa bukan anak yatim, mak dan ayah dia ada lagi, mungkin tekaan hidup yg kuat kepada keluarga mereka sehingga ayah dia terpaksa menghantar dia ke rumah anak2x yatim ini, bukan dia sorang, bersama dia ada kakak dan abang dia, cuma ari tu abang dia tak dtg sama, ke KLIA rasanya, kakak dia adalah, orang lain jaga, aku tahu pun dah ptg2x tu hahahahah, tak prihatin sungguh, susah jugak ckp dgn budak ni, sblm berpisah aku ada la hulurkan hadiah sebagai tandamata, semoga dia tabah menghadapi hari mendatang, ustazah dia tu mcm garang hahahahaahahah
lastly, ari selasa lps. 6 sept. aku jadi supporter kpd runner aku yg yg menyertai rat race, adoii penat jerit aku, tp runner2x lain mmg hebat, yg no 1 tu tak tahu la makan apa, jauh tinggalkan yg lain2x, kalau tak silap aku, runner opis aku rizal nama dia, dpt no 51, tu kira yg pertama la dlm group company UEM, alahai, lari pun kalah sorak pun kalah, nak wat camna, orang lain 10, 20 orang tukar sorang, kami 3 org aje, aduhhh appaun tahniah kepada semua peserta dan penyokong, thn dpn rasa macm nak lari aje hahahah tgk la camna
oklah semua, setakat ini sajalah dulu, sampai jumpa lagi bye, komen komen