Saturday, February 09, 2008

Tahniah Syahir & Fairuz

Tahniah kepada pasangan pengantin baru Syahir dan Fairuz Munira yg dengan sahnya menjadi suami dan isteri pd minggu lepas 2 Feb 2008. Semoga dengan keberkatan Allah, dicucuri rahmat keatas kedua mempelai, diberi kebahagiaan dan dimurahkan rezeki selama2nya.
Pada minggu ini, majlis bertandang kerumah pengantin lelaki. Majlis yg dirancang serba sederhana, tiada pelamin, apa lagi tepung tawar bagai hehehe, nasib baik bilik pengantin last minute decided ada satu, tu pun bini aku dan bibik yg sediakan hehehehe. Apapun majlis berjalan lancar dari jam 12.30 sampai 3.30 ptg. Antara yg aku kenali hadir adalah chaul, kak haslida dan mak serta ayah aku. Byk jugak yg aku ajak tp yg lain biasa la ada kerja masing2 takpe la. Aku bersyukur segalanya berjalan lancar. Byk jugak nasi dan lauk yg tak abis, dibagikan2 kepada sedara2 yg hadir.
Sejak akhir2 ini shah alam bagai tak aman kerana berlaku kejadian pecah rumah. Rumah kawan isteri aku baru saja dipecah masuk. Byk jugaklah barang dia habis. Aku risau gak rumah aku ni. mana la tahukan. Apapun aku memohon agar Allah jauhkan aku sekeluarga dari kejadian yg tak elok itu.
Cuma aku terfikir gak, kalau rumah kita kena curi kalau la kita jumpa org yg curi harta kita tu, kalau boleh nak pukul sampai mati. Sedangkan Islam minta potong tangan aje. Itu pun kalau sabit kesalahan dan cukup semua syaratnya. Apapun aku berdoa agar Malaysia akan terus dirahmati dan dikurniakan keamanan selamanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home