Monday, February 18, 2008

8 Mac 2008 - Malaysian to decide

waaahhh, cepat masa berlalu, nampaknya tak lama lagi Pilihanraya Umum ke 12 akan berlangsung di Malaysia. Sekali lagi undi yg bijak diharap daripada rakyat malaysia utk menentukan pemimpin merekasekaligus bakal menentukan halatuju malaysia utk 5 tahun akan dtg. Setakat yg aku tgk di kawasan KL ni blum byk poster2 ditampal, tetapi setahu aku dikawasan2 kampung sudah byk poster serta bendera2 dikibar. Nampak la meriah sikit. Keadaan ini mungkin akan berubah selepas 24 Feb ini iaitu hari penamaan calon.
Shah Alam kemungkinan besar akan menyaksikan pertandingan 1 lawan 1 diantara BN(UMNO) lwn KeAdilan, sesuatu yg kali pertama akan aku saksikan kerana pd PRU yg lps aku mengundi di Kelantan. Kali ini aku telah membuat keputusan utk tidak pulang mengundi sebaliknya duduk menyaksikan karenah org2 shah alam meraih undi hahahahha. Pastinya lebih menarik dgn terpilihnya isteri aku sebagai pegawai SPR disekolahnya (ni pun salah satu sbb aku malas balik jaga anak hehehehe).
Pertandingan kali ini aku rasa bg kebykan tempat di mesia 50 50 la. kebykan ahli BN kurang yakin dgn kepimpina Pak Lah. Namun aku percaya jika terdapat la kemenangan pembangkang adalah disbbkan kelemahan BN. Namun pd peringkat awal pun pembangkang terutama DAP sudah menampakkan kekalutan dalaman mereka, aku tak pasti apa stategi mereka, tp pd permukaan nya moral pengikut mereka sudah jatuh. Terbaru isu perebutan parlimen batu gajah. Pd aku sekarang bukan soal kubu kuat, tempat selamat lagi. Yang penting camna nak kalahkan lawan. PAS dan keadilan pula setakat ni senyap aje masih duk yakin sana yakin sini la. Mmg kalau diamati kata2 mereka tentang Pilihanraya dicemari dgn berbagai taktik kotor pihak pemerintah utk mengekalkan kemenangan mereka ada kebenarannya. Yea la kalau betul yakin mng tak payah la pakai taktik kotor betul tak. Semua saluran TV, Radio, suratkabar menceritakan tentang kehebatan2 pihak pemerintah, sehingga membelakangkan kelebihan pihak pembangkang.
Aku bukan apa, bila menyelami pihak pembangkang ni kesian pun ada, apapun aku mmg tak sabar nak tunggu keputusan pilihanraya kali ini. Mampukah pembangkang menumbangkan BN (almost imposible) tp mengurangkan majoriti (yg ni mungkin boleh la). sama2 la kita tunggu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home